Waktu Solat

Thursday 14 July 2011

Mempertahankan Islam (pt 5)

Kesalahpahaman # 5: Islam disebarkan oleh pedang.

Jawapan: Tidak ada yang jauh dari kebenaran. Pada zaman dahulu, pedagang- pedagang Islam yang berfungsi sebagai model yang sangat baik dalam penyebaran Islam. Dalam buku: "Islam di persimpangan jalan", penulis, di halaman 8, mengatakan bahawa tanggapan bahawa Islam disebar melalui pedang ini adalah sebuah mitos. Lihatlah jumlah orang Kristian Koptik di Mesir. Mereka berjumlah hampir 14 juta. Tidak dapat orang Arab menghapuskan mereka keluar atau tegas ditukar mereka kepada Islam? Lihatlah India. Dalam 1,0000 tahun bahawa Muslim menguasai anak benua ini, setiap orang boleh saja dipaksa untuk masuk Islam. Bagaimana anda menjelaskan bahawa ada 800 juta Hindu dan lain-lain masih di India? Pasukan tentera Muslim mana yang telah pergi ke Indonesia dan Malaysia untuk menukarkan mereka kepada Islam?
Orang-orang ini ajak kepada Islam dengan melihat perilaku yang baik dari pedagang Muslim atau Arab . Readers 'Digest mengatakan bahawa antara 1944 ke 1984, dalam masa 50 tahun, kelihatan lebih banyak pemelukan kepada Islam di Eropah dan Amerika Syarikat berbanding agama- agama lain. Saya ingin menyoal anda, ada sesiapakah yang pergi dengan pedang untuk menukar orang-orang ini lepada Islam? Ia sebenarnya  hanyalah sebuah pedang intelek yang mengubah seseorang.

Diterjemah dan disunting dari : Sumber


Mempertahankan Islam (pt 4)

Kesalahpahaman # 4: Hukuman mati adalah biadab.

Balasan: Terdapat kejahatan yang Islam menetapkan hukuman mati sebagai hukuman, misalnya, untuk kes pemerkosaan, pembunuhan dan lain- lain. Hal ini adalah untuk melindungi masyarakat dari penjahat dan elemen anti-sosial. Di Amerika Syarikat terdapat 2.713 perkosaan terjadi setiap hari. Dalam Islam, hukuman mati mendidik sehingga tidak ada penjenayah mengulangi jenayah ini, dan untuk memberi pengajaran orang lain. Amerika mengatakan bahawa ini adalah hukuman berat. Mereka mengatakan bahawa perogol harus dimasukkan ke dalam penjara untuk perkosaan pertama. Jika setelah pembebasannya ia perkosaan lagi, maka ok untuk membunuhnya. Statistik di AS menunjukkan 95 peratus daripada perogol, selepas dilepaskan dari penjara mengulangi perkosaan lagi. Islam mahu mengelakkan pemerkosaan berlaku untuk kali kedua. Amat disuruh supaya wanita mengikuti tatacara pakaian Islam sperti Hijab untuk mencegah perogol dari berkeinginan untuk memperkosa.



Thursday 30 June 2011

Hari Hijab Sedunia

Hari ini 1 Julai 2011. Apakah signifikan tarikh ini kepada kita umat Islam dan mungkin juga kepada Bukan-Islam yang berhati manusia.? Tarikh ini mungkin tidak mendapat publisiti sebgai mana hari valentine, hari ibu dan hari- hari peringatan yang lain.

Tarikh 1 Julai telah dijadikan Hari Hijab Sedunia. Pada tarikh ini,  pada tahun 2009 telah berlaku kejadian yang sangat menyayat hati iaitu hati muslim dan muslimah yang ada setidak-tidaknya setampuk iman di dalamnya. Hari dimana seorang Muslimah yang mukminah yang tegar mempertahankan akidah dan kehormatnnya dan juga hak untuk mengamalkan dan patuh kepada agamanya iaitu Islam. Beliau adalah Allahyarhamah Marwa al-Sherbini. Seorang ahli farmasi wanita dari Mesir yang tinggal di Jerman bersama suami dan seorang anak berusia 3 tahun.

Kisah yang membawa kepada pembunuhannya bermula pada suatu hari ketika berada di taman bersama anaknya dan secara lisan diganggu oleh seorang pemuda Rusia yang menetap di Jerman (Alex W.). Beliau telah meminta untuk anaknya dapat bermain buaian disitu, lalu dia dibalas pemuda itu dengan memanggil beliau sebagai "Islam", "pengganas", dan tidak senonoh hanya kerana berimej dan berpakaian menutup aurat sebagaimana dituntut oleh Islam.

Berikutan kejadian itu, Al-Sherbini telah mendakwa lelaki tersebut di mahkamah dan memenangi kes atas penyerang itu. Pada 1 Julai 2009, bagaimanapun, satu lagi perbicaraan dalam kes itu berlaku. Sama seperti sebelumnya Puan al-Sherbini yang hadir  untuk memberi keterangan terhadap Alex W., dia diterkam pemuda itu dan ditikam 18 kali di hadapan keluarganya. Elwi Okaz suaminya cuba melindunginya namun  sia-sia dan akhirnya secara tidak sengaja ditembak oleh seorang pengawal keselamatan di tengah-tengah pergelutan tersebut. 

Marwa al-Sherbini telah memperjuangkan haknya untuk mengamalkan agama yang dianutinya, memberi mesej bahawa orang- orang yang rasis, ekstrim dan tidak menghormati hak hak kaum lain tidak harus dibiarkan begitu sahaja.

Kejadian kejam ini telah membuka mata banyak pihak untuk bangun mempertahankan hak asasi yang harus dihormati. Lantaran itu tarikh 1 Julai telah dipilih sebagai Hari Hijab Sedunia bagi memperingati semangat dan perjuangan yang telah dirintis oleh allahyarhamah Marwa al-Sherbini.

al-Fatihah...




Wednesday 29 June 2011

Israk dan Mikraj

Ada artikel menarik untuk dikongsikan dari iluvislam.com mengenai peristiwa besar yang berlaku di bulan Rejab ni. Mari kita singkap kisahnya dan menggali falsafah disebalik peristiwa penting ini. Semoga perkongsian ini bermanfaat... 

Peristiwa Israk dan Mikraj dan Pengajaran Yang Perlu di Hayati

                                                                                                                                                                   

altSegala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.
Sahabat yang dirahmati Allah,
Setiap tahun apabila sampai tanggal 27 Rejab umat Islam diseluruh dunia akan mengadakan majlis sambutan peristiwa Israk dan Mikraj. Israk dan Mikraj berlaku pada 27 Rejab, setahun sebelum Hijrah Rasulullah SAW dari Mekkah ke Madinah.
Apabila berbicara tentang peristiwa Israk dan Mikraj ini, kita secara spontan akan terbayang kisah perjalanan Rasulullah S.A.W bersama malaikat Jibril dan Mikail yang boleh dibahagikan kepada dua fasa.
01.Israk yakni perjalanan Nabi SAW menaiki binatang Buraq dari Masjidil Haram di Mekah ke Masjidil Aqsa, di Baitulmaqdis, Palestin.
02.Mikraj ialah perjalanan dari Masjidil Aqsa ke Sidratil Muntaha di langit yang ketujuh.

Perjalanan Rasulullah S.A.W ini telah diabadikan oleh Allah S.W.T di dalam Al-Quran, Surah Al-Isra' ayat 1 yang bermaksud;
"Maha Suci Allah, yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al Masjidilharam ke Al Masjidilaqsa yang telah Kami berkahi sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebagian dari tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat."
Menariknya, keseluruhan perjalanan Rasulullah S.A.W hanya berlangsung pada satu malam.
Para ulama, hadis, ulama feqah dan ulama tafsir secara umum menegaskan bahawa perisitiwa Israk dan Mikraj di mana kedua-duanya berlaku dalam satu malam dan dalam keadaan baginda SAW sedar. Ia berlaku pada jasad atau tubuh dan roh Nabi SAW bukannya roh sahaja. Sebagaimana difahami daripada firman Allah dalam ayat tadi di mana Allah menegaskan "asra bi 'abdihi lailan" yang bermaksud memperjalankan hamba-Nya pada waktu malam. Perkataan hamba yang dimaksudkan di sini iaitu Nabi Muhammad S.A.W yang mana meliputi batang tubuh dan rohnya serentak bukannya rohnya sahaja. Jika ia berlaku pada rohnya sahaja maka sudah tentu firman Allah itu berbunyi "asra bi rohi 'abdihi lailan" yang bermaksud memperjalankan roh hamba-Nya pada waktu malam tetapi yang berlaku sebaliknya di mana Allah secara jelas menyatakan bahawa Dia telah memperjalankan hamba-Nya iaitu Nabi SAW dalam keadaan tubuh dan rohnya serentak.
Peristiwa ini pada pandangan orang yang tidak beriman atau mereka yang tipis imannya, mereka menyatakan bahawa peristiwa ini tidak mungkin akan berlaku atau pun mereka berbelah bahagi samada mahu mempercayainya atau pun sebaliknya. Tetapi bagi orang yang benar-benar beriman kepada Allah dan rasul-Nya maka mereka tetap percaya dengan penuh keimanan kepada peristiwa ini.
Setelah baginda S.A.W menceritakan apa yang telah terjadi padanya kepada masyarakat umum maka orang-orang kafir bertambah kuat mengejek dan mendustakan baginda S.A.W. Fitnah terhadap baginda S.A.W bertambah kuat malah ada juga di kalangan mereka yang sebelum ini telah memeluk Islam telah pun murtad kembali. Manakala bagi mereka yang begitu membenarkan baginda S.A.W maka iman mereka tetap utuh sebagaimana kita lihat kepada reaksi Sayyidina Abu Bakar apabila dia mendengar berita daripada orang ramai tentang apa yang telah diberitahu oleh Nabi S.A.W lalu beliau dengan tegas menyatakan :
"Benar! Aku menyaksikan bahawa engkau merupakan Rasulullah. Jika baginda S.A.W mengatakan bahawa baginda telah diperjalankan lebih jauh daripada itu maka aku tetap beriman kepadanya". Inilah ketegasan dan keyakinan yang tidak berbelah bahagi Sayyidina Abu Bakar dalam mempercayai Allah dan rasul-Nya sehingga beliau digelar as-Siddiq yang membawa maksud pembenar.
Selain itu, pernah juga diriwayatkan Rasulullah S.A.W berjumpa dengan pelbagai keadaan manusia ketika di dalam perjalanan tersebut. Meskipun kisah tentang peristiwa bersejarah ini seringkali diulangcerita oleh para penceramah setiap kali sambutan Israk dan Mikraj diadakan, saya melihat roh dan intipati di sebalik peristiwa ini masih tidak meresap ke dalam jiwa masyarakat Islam.
Sahabat yang dimuliakan,
Sebelum berlakunya Israk dan Mikraj Rasulullah S.A.W mengalami pembedahan dada/perut oleh malaikat. Hati Baginda S.A.W dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam ('alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman ke dalam dada Rasulullah S.A.W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan "khatimin nubuwwah". Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan "Israk" itu.
Semasa Israk ( Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa ):
Sepanjang perjalanan (Israk) itu Rasulullah S.A.W diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:
01.Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah,
02.Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A.S. menerima wahyu daripada Allah,
03.Baitul-Laham (tempat Nabi 'Isa A.S. dilahirkan),

Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S.A.W menghadapi gangguan jin 'Afrit dengan api jamung dan dapat menyasikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib.
Peristiwa-peristiwa tersebut adalah seperti berikut :
01.Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S.A.W diberitahu oleh Jibrail: Itulah kaum yang berjihad "Fisabilillah" yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.
02.Tempat yang berbau harum.Rasulullah S.A.W diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Masitah (tukang sisir rambut anak Fir'aun) bersama suaminya dan anak-anaknya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir'aun kerana tetapt teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir'aun sebagai Tuhan).
03.Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).
04.Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebeis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.
05.Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri/suami.
06.Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba.

07.Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.
08.Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.
09.Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.
10.Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.
11.Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.
12.Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S.A.W tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensia-siakan umurnya sampai ke tua.
13.Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.
Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun daripada Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia dan mursalin menjadi makmum.
Rasulullah S.A.W terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah S.A.W memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.
Semasa Mikraj ( Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah S.W.T );
Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S.A.W dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).
Di Langit Pertama: Rasulullah S.A.W dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam a.s. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.
Di Langit Kedua: Nabi S.A.W dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi Isa A.S. dan Nabi Yahya A.S.
Di Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A.S.
Di Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A.S.
Di Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A.S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.
Di Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A.S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.
Di Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Makmur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S.A.W, Nabi Ibrahim A.S. bersabda, "Engkau akan berjumapa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dhaif, maka berdoalah untuk umatmu.
Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH Mengikut riwayat lain, Nabi Ibahim A.S. bersabda, "Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA LA ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA LA HAULA WA LA QUWWATA ILLA BILLAHIL- 'ALIYYIL-'AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga".
Setelah melihat beberpa peristiwa lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).
Di Tangga Kelapan: Di sinilah disebut "al-Kursi" yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S.A.W dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.
Di Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur 'Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.
Di Tangga Kesepuluh: Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah SWT dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:
Allah SWT : Ya Muhammad.
Rasulullah : Labbaika.
Allah SWT : Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan.
Rasulullah : Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan.
Allah S.W.T : Aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari kiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah 'Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan Aku fardukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.
Selesai munajat, Rasulullah S.A.W di bawa menemui Nabi Ibrahim A.S. kemudian Nabi Musa A.S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S.A.W merayu kepada Allah S.W.T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.
Selepas Mikraj:
Rasulullah S.A.W turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu'alam.
(Sumber : Kitab Jam'ul-Fawaa'id)
Sahabat yang dikasihi,
Kesimpulannya, Peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab menjelang. Adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah S.W.T dan takut kepada kekuasaan-Nya.
Seandainya peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini dipelajari dan dihayati benar-benar kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan berbagai-bagai kejahatan. Kejadian Israk dan Mikraj juga adalah untuk menguji umat Islam (apakah percaya atau tidak dengan peristiwa tersebut). Orang-orang kafir di zaman Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam langsung tidak mempercayai, malahan memperolok-olokkan Nabi sebaik-baik Nabi bercerita kepada mereka.
Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah Subhanahu Wataala. Allah Subhanahu Wataala telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam.
Dengan kita mendengar dan menghayati kisah dan cerita yang berlaku di dalam peristiwa Israk dan Mikraj kita perlu ambil ikhtibar dan yakin bahawa bumi Baitulmaqdis Palestin yang menjadi tempat bermulanya Mikraj Nabi SAW adalah bumi penuh berkah dan terdapat Masjidil Aqsa (kiblat pertama umat Islam)
Baitulmaqdis dan Masjidil Aqsa adalah harta umat Islam yang telah dirampas oleh Zionis Yahudi laknatullah. Umat Islam perlu berusaha, berkorban dan berdoa semoga tempat suci umat Islam ini dapat dipulangkan kembali kepada pangkuan umat Islam. Peristiwa Israk dan Mikraj akan lebih bermakna apabila umat Islam seluruhnya dapat membantu saudara-saudara kita di Palestin dan dapat memulihkan dan menguasai Baitulmaqdis dan menghalau Yahudi laknatullah daripada menguasai dan membunuh saudara-saudara kita di Palestin.
- Artikel iluvislam.com





Monday 27 June 2011

Mempertahankan Islam (pt 3)

Salahfaham # 3: Islam menindas wanita supaya bertudung.


Jawab: Jika anda melihat sejarah, kepada tamadun purba, anda akan mendapati bahawa wanita adalah orang yang sering tertindas. Mereka tidak mempunyai hak atau keistimewaan sendiri. Orang-orang Babilon menggunakan wanita untuk menghukum kesilapan suaminya. Orang Mesir purba melakukan perkara yang sama. Arab purba menanam anak-anak perempuan mereka yang baru lahir.


Islam datang dengan mengembalikan hak dan status wanita. Ia memberikan wanita hak-hak mereka tidak pernah diberikan sebelumnya. Al- Quran dalam Surah An-Nissa menasihati orang-orang lelaki menundukkan pandangan mereka jika seorang wanita yang melintas. Begitu juga, terdapat desakan untuk wanita menurunkan pandangan mereka jika lelaki yang asing (bukan mahram) berada di sekitar mereka. Al-Quran juga bercakap mengenai hijab untuk lelaki dan wanita untuk melindungi kehormatan mereka. Hijab bagi lelaki adalah untuk melindungi tubuh mereka minimum dari pusat mereka ke paras lutut. Hijab bagi wanita adalah untuk menutup seluruh badan mereka kecuali muka dan tapak tangan mereka. Terdapat keterangan untuk tudung wanita, bahawa ia hendaklah meliputi khazanah (keindahan tubuh) termasuk kepala, tidak ketat, tidak telus, tidak menjadi seperti pakaian orang yang tidak beriman, dan janganlah kamu menjadi seperti pakaian jantina yang lain, dan sebagainya. Wanita mendapat hak untuk memiliki, mewarisi harta, dan hak untuk melupuskannya.


Biar saya tanya anda satu soalan: Misalkan dua beradik kembar seiras yang berjalan di sebatang jalan, dan salah seorang daripada mereka adalah berpakaian pakaian mendedahkan, manakala seorang lagi memakai hijab. Siapakah yang akan di siul atau digangu usik oleh lelaki di jalanan: Si wanita yang hampir tdk berpakaian dengan skirt mini, atau orang yang berpakaian sederhana dan berhijab? Jawapannya adalah jelas. Tudung ini direka untuk melindungi dan menghalang wanita daripada dicabul. Ia membawa keamanan kepada masyarakat dan mencegah kerosakan.

Diterjemah dan diolah dari : Sumber




Saturday 25 June 2011

Irfan Makki feat. Maher Zain - I Believe

Pertama kali dengar lagu ni terasa seakan ada suatu aura yang menerobos masuk  jauh di dalam hati. Mungkin iramanya atau mungkin liriknya dan mungkin juga aura Bro. Maher Zain kita tu.. Tajuk lagu ni "I Believe" yang maksudnya Aku Percaya.  Percaya  juga memberi maksud Iman.
Semoga lagu ini menyumbang kepada bertambahnya keimanan kita kepada Allah s.w.t.. Semoga perkongsian ini bermanfaat...insyaallah.



I Believe

IRFAN MAKKI featuring MAHER ZAIN

When you’re searching for the light
And you see no hope in sight
Be sure and have no doubt
He’s always close to you
He’s the one who knows you best
He knows what’s in your heart
You’ll find your peace at last
If you just have faith in Him
You’re always in our hearts and minds
Your name is mentioned every day
I’ll follow you no matter what
My biggest wish is to see you one day

Chorus:
I believe
I believe
Do you believe, oh do you believe?

MAHER ZAIN:
Coz I believe
In a man who used to be
So full of love and harmony
He fought for peace and liberty
And never would he hurt anything
He was a mercy for mankind
A teacher till the end of time
No creature could be compared to him
So full of light and blessings
You’re always in our hearts and minds
Your name is mentioned every day
I’ll follow you no matter what
If God wills we’ll meet one day

Chorus:
If you lose your way
Believe in a better day
Trials will come
But surely they will fade away
If you just believe
What is plain to see?
Just open your heart
And let His love flow through
I believe I believe, I believe I believe
And now I feel my heart is at peace

Chorus:
I believe I believe, I believe I believe

Lyrics: Maher Zain, Bara Kherigi & Irfan Makki
Melody: Irfan Makki & Maher Zain
Arrangement: Maher Zain





Wednesday 22 June 2011

Mengapa?



Andai seseorang bertanya apa agama kita, jawapannya sangat pendek.. mungkin cuma satu perkataan sudah menjawab....Islam, Kristian, Buddha, Hindu atau lain-lain...
Namun bila susulan soalannya juga amat mudah, sangat ringkas dan hanya satu patah perkataan... "mengapa?" atau "why?", berapa panjang perlu dijawab, berapa lama masa diambil untuk menjawap dan mungkin juga berapa lama untuk kita fikir apa jawapannya...
Pernahkah kita tanyakan soalan ini untuk diri kita sendiri dan cuba menjawabnya? Andai belum, apa kata kita mulai dari sekarang... jom!




Sunday 19 June 2011

Mempertahankan Islam (pt 2)


Kesalahpahaman # 2: Tidak ada kesamaan antara gender dalam Islam, kerana Islam memberikan lelaki hak untuk mempunyai lebih dari satu isteri, tetapi tidak memberikan hak yang sama untuk wanita untuk mempunyai lebih dari satu suami.

 


Jawapan: Islam tidak menyetujui poliandri, iaitu seorang wanita mengambil lebih daripada satu suami. Ini kerana dari lelaki lah asalnya anak-anak yang dikandung oleh seseorang perempuan. Jika seorang wanita mempunyai beberapa suami, ia tidak akan mudah untuk mengetahui siapa ayah biologi si anak tersebut. Bila seorang anak dikandung, Allah menempatkan cinta dan kasih sayang di hati orang tuanya sehingga mereka dapat membawa anak. Tanpa cinta ini, hidup tidak boleh dipertahankan. Tapi kalau ada perselisihan tentang siapa yang benar-benar memiliki ayah anak itu, tidak akan ada cinta di hati ayah. Para psikologis mengatakan bahawa anak-anak yang membesar tanpa mengetahui siapa ayah mereka, maka mereka masih kurang dalam kestabilan dan kematangan. Hari ini kerana kemajuan sains dalam ujian  DNA, maka boleh diketahui siapakah ayahnya, tetapi ujian ini tidak terbuka diterima untuk umat manusia sampai sekarang. Islam memiliki sejarah menyediakan keamanan dan kestabilan dalam keluarga, bukan menyebabkan perpecahan.


Diterjemah dan diubahsuai dari Sumber
Bersambung... Insyaallah





Monday 13 June 2011

Hukum dan Keutamaan Berdakwah

Don't forget to share this article after reading



Pertanyaan: Bagaimana hukum berdakwah kepada Allah subhanahu wa ta’ala dan apa saja keutamaannya?
Jawaban:  Dalil-dalil dari al-Qur`an dan sunnah menunjukkan wajibnya berdakwah kepada Allah subhanahu wa ta’ala dan sesungguhnya ia merupakan kewajiban, dan dalil-dalil tersebut sangat banyak, di antaranya adalah firman Allah subhanahu wa ta’ala:
Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang munkar; mereka adalah orang-orang yang beruntung. (QS. Ali Imran:104)

Dan firman-Nya subhanahu wa ta’ala:
Serulah (manusia) kepada jalan Rabbmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang lebih baik. (QS. an-Nahl:125)

Dan firman-Nya subhanahu wa ta’ala:
Dan serulah mereka ke (jalan) Rabbmu, dan janganlah sekali-kali kamu termasuk orang-orang yang mempersekutukan Rabb. (QS. al-Qashash:87)

dan firman-Nya subhanahu wa ta’ala:
mengikutiku mengajak (kamu) kepada Allah dengan hujjah yang nyata, Maha Suci Allah, dan aku tiada termasuk orang-orang yang musyrik". (QS. Yusuf:108)
Allah subhanahu wa ta’ala menjelaskan bahwa pengikut para rasul adalah para du'at kepada Allah subhanahu wa ta’ala dan mereka adalah ahli bashirah (akal, hujjah). Dan kewajiban kita adalah mengikutinya dan berjalan di atas metodenya, sebagaimana firman Allah subhanahu wa ta’ala:
Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah. (QS. al-Ahzab:21)
Para ulama menegaskan bahwa berdakwah kepada Allah subhanahu wa ta’ala adalah fardhu kifayah dari sisi wilayah yang ditempati oleh da'i tersebut. Sesungguhnya setiap daerah dan wilayah membutuhkan dakwah dan kegiatan pada daerah tersebut. Maka hukumnya adalah fardhu kifayah, yaitu apabila dilaksanakan oleh seseorang yang sudah memadai niscaya gugurlah kewajiban itu dari yang lain, dan bagi yang lain dakwah itu menjadi sunnah muakkadah dan amal shalih yang agung.
Apabila penduduk daerah atau wilayah tertentu tidak melaksanakan dakwah secara benar niscaya dosanya menjadi merata, jadilah kewajiban itu untuk semua, dan setiap orang harus melaksanakan dakwah sebatas kemampuannya. Adapun melihat kepada negara secara umum, maka harus ada golongan yang melaksanakan dakwah kepada Allah subhanahu wa ta’ala di berbagai penjuru negeri, menyampaikan risalah-Nya dan menjelaskan perintah-Nya dengan berbagai sarana yang ada. Sesungguhnya Rasulullah telah mengutus para dai dan mengirim surat kepada manusia, para raja dan pemimpin, yang isinya mengajak kepada agama Allah subhanahu wa ta’ala.
Syaikh Bin Baz –Majalah Buhuth, edisi 40 hal. 135-136.
by Syaikh Abdul Aziz bin Baz  rahimahullah

Sumber : iloveAllah

Friday 3 June 2011

Mempertahankan Islam (pt 1)

Gambar dari 4allah.net

Mempertahankan Islam (pt 1)

Agama Islam adalah agama yang paling benar. Agama yang benar ini bukanlah dianggap yang “agak ok“  diantara agama-agama lain sebagaimana memilih sebiji epal yang paling baik daripada puluhan epal busuk  didalam sebuah bakul epal yang hendak dibuang. Ini kerana Islam sememangnya agama yang benar atas dirinya sendirinya. Namun Islam terbuka untuk dibandingkan atas tujuan mencari kebenaran.

Namun serangan terhadap Islam amat dahsyat sekali dari segenap penjuru atas sesusuatu yang faktor yang tidak sepatutnya samada mereka adalah pihak yang tidak mengenali Islam dengan sebenar- benarnya atau jugak pihak yang dengan sengaja memusuhi Islam. Boleh dikatakan Islam adalah agama yang paling disalah fahami sama ada dari penganut Islam sendiri juga dari pihak lain.

Di sini saya cuba mengutip dan mengetengahkan beberapa tuduhan dan salah faham terhadap Islam dan bagaimana kita sebagai umat Islam menjawab dan member penerangan  sebagai tanggungjawab kita mempertahankan Islam.

Berikut adalah petikan dan terjemahan dan diedit dari  sumber iaitu ringkasan dari ceramah yang disampaikan oleh Dr Zakir Naik dari Bombay, India, mengenai "salah faham tentang Islam", pada Jumaat 26 November 1999 di Stadium Rakkah, Dammam, di bawah naungan dari Islamic Dawah and Guidance Center, Dammam.
.
Kesalahpahaman # 1: Adalah tidak beradab untuk memiliki lebih dari satu isteri pada suatu masa.

Jawapan : satu satunya kitab agama yang mengatakan: "... kemudian berkahwin hanya sekali" adalah Al-Quran, kitab suci umat Islam. Perintah ini tidak ditemui dalam Alkitab Kristian, di Geeta Hindu, atau dalam kitab suci Yahudi dan lain- lain. Dalam Alkitab ada banyak rujukan sehingga untuk pelbagai nabi dan raja-raja yang mempunyai banyak isteri. Abraham mempunyai tiga isteri, sementara Raja Salomon (Nabi Sulaiman a.s) mempunyai tujuh ratus isteri, dll . Dalam kesusasteraan Hindu, dewa mempunyai beratus-ratus isteri. Krishna mempunyai seribu perempuan dan gundik. Demikian pula, orang-orang Yahudi yang biasa untuk berkahwin lebih daripada sekali, sampai hingga akhir 1950-an. Tak satu pun dari agama selain Islam menetetapkan jumlah isteri orang boleh dipunyai dalam satu masa. Hanya Islam menghadkan isteri setakat empat orang.

Monogami yang orang-orang Kristian, Hindu, dan Yahudi amalkan ketika ini, bukan dari agama mereka, tetapi dari kerajaan mereka. Jadi isu monogami tidak memiliki makna keagamaan, melainkan sebuah peraturan buatan manusia. Monogami adalah hasil dari suatu akta parlimen, bukan dari agama mereka. Contoh: Parlimen India pada tahun 1954 meluluskan Akta Perkahwinan Hindu yang melarang laki-laki Hindu dari mengambil lebih daripada satu isteri. Para Rabbi Yahudi di abad ke-10 Masihi membuat aturan monogami, meskipun tidak dikuatkuasakan sampai hingga akhir 1950-an. Demikian pula, negara-negara Eropah dan kerajaan Amerika meluluskan undang-undang untuk menjadikan monogami sebagai Peraturan di negara mereka beberapa waktu lalu. Mormon masih berkahwin lebih daripada sekali.
Dalam Surah Nissa Allah mengizinkan seorang Muslim lelaki untuk berkahwin satu, dua, tiga atau empat selama dia boleh melakukan keadilan di antara mereka. Jika seorang lelaki tidak dapat melakukan keadilan, nasihat baginya adalah: "... kemudian berkahwin hanya sekali".

Menikah lebih dari sekali tidak diwajibkan, tetapi hanya salah satu pilihan untuk mengatasi keadaan yang unik yang dihadapi masyarakat dari masa ke masa. Anda akan menemukan di banyak masyarakat hari ini bahawa nisbah antara wanita dan lelaki tidak 50:50. Ada perempuan lebih dari laki-laki di Eropah, Amerika Syarikat dan di tempat lain. Di sisi lain, di India, kerana pengguguran janin perempuan berleluasa, jumlah perempuan menurun, dan krisis adalah dalam pembuatan, tidak cukup jumlah perempuan akan sedia untuk lelaki Hindu untuk berkahwin beberapa tahun dari sekarang .

Pilihan bagi perempuan di negara-negara dengan nisbah perempuan lebih besar dari laki-laki adalah untuk berkongsi suami dengan wanita lain, untuk tetap tunggal, atau menjadi milik awam. "Menjadi milik umum" adalah frasa yang layak Saya menggunakan untuk apa sebenarnya ertinya. Tanyakan pada setiap wanita yang tidak dapat mencari seorang lelaki yang belum berkahwin untuk berkahwin, jika itu adalah pilihan yang lebih baik untuk berkongsi suami dengan wanita lain, untuk tetap tunggal, atau untuk menjadi nyonya belaka. Sebagai seorang isteri dinikahkan secara rasmi dia akan mendapatkan hak yang sama dengan isteri pertama, mendapatkan status undang-undang bagi dirinya sendiri dan anak-anaknya, mendapatkan hak waris untuk dirinya sendiri dan anak-anaknya, dan yang paling penting, mendapatkan rasa hormat dan maruah. Menjadi perempuan simpanan ada pilihan. Di Barat menjadi perempuan simpanan atau pacar ada masalah, tetapi menjadi isteri kedua benar-benar tidak boleh diterima. Kerajaan akan datang selepas anda, masyarakat akan datang selepas anda ...

Bersambung insyaallah...

Wednesday 1 June 2011

Di mana Tuhan?



Kalau kita ditanya oleh Non- Muslim soalan begini apa yang kita akan jawab agaknya...

Islam adalah agama yang realistik dan logik konsep ketuhanannya. Kalau kita tak dapat berikan jawapan dengan baik dan logik maka ia secara tidak langsung memberi tanggapan salah kepada Non-Muslim mengenai Islam. Insyaallah sedikit perkongsian ini dapat membantu.

Sunday 29 May 2011

Mengapa manusia perlu kepada Agama?



Mengapa kita perlu kepada agama? Dr. Zakir Naik memberikan jawapan yang ringkas, logik dan praktikal.

Saturday 21 May 2011

Bible Mendorong Joshua Evan kepada Islam.

Hidayah Allah boleh datang melalui apa cara pun yang tak disangka- sangka. Bahkan melalui Bible pun Allah boleh memberikan hidayah kepada manusia yang mahu mencari dan mahu berfikir. Cari lah Allah nescaya Allah akan mendekatimu. Diibaratkan Allah adalah lebih dekat dengan kita lebih dari dekatnya urat leher kita sendiri.
Video ini banyak memberi inspirasi juga ingatan kepada diri aku bahawa begitu ramai sekali di luar sana rakan- rakan kita yang non-Muslim yang tidak pernah disampaikan mengenai Islam. Tidak pernah kita ceritakan mengenai kebenaran Islam sedangkan kita tahu mereka salah memilih jalan. Bahkan ramai di antara mereka adalah orang- orang yang baik, yang penyanyang dan menghormati kita juga ada yang berjasa kepada kita.
Adakah kita orang yang mementingkan diri dan tergamak membiarkan saja mereka begitu tetapi dalam masa wujud juga perasaan bimbang atas penolakkan, dijauhi, dicerca dan sebagainya. Ini lah dilema yang dihadapi oleh orang yang baru ada hati dalam dakwah seperti juga aku.
Wallahualam.

Tuesday 17 May 2011

Kristian Agama Rasmi Negara?

Masih belum reda hangatnya isu penggunaan kalimah Allah dalam Bible berbahasa melayu kini timbul pula isu yang mendakwa atau kononnya penganut Kristian nak menjadikan Kristian sebagai agama rasmi  Malaysia. Sejauh mana kebenarannya masih tidak dapat dipastikan.

Akan tetapi isu yang ditimbulkan ini sangat sensitif  bagi Umat Islam dinegara ini juga bagi pihak yang dituduh. Pihak yang membuat tuduhan mestilah bertanggungjawab dengan apa yang didakwanya itu dengan memberi bukti- bukti yang benar kerana hal ini bukanlah suatu yang boleh dipermain – main kana atas apa saja tujuan sekali pun. Amat keji lagi jika ianya hanya suatu fitnah yang bertujuan untuk meraih simpati atau menarik sokongan  di atas sesuatu yang tidak dapat dipastikan kebenarannya. Akibatnya sangatlah bahaya yang boleh menyalakan api perkauman juga menimbulkan ketegangan kepada hubungan baik dan saling hormat antara agama di negara yang kita cintai ini.

Seharusnya kita sedar betapa rapatnya hubungan dan persamaan antara dua agama samawi ini iaitu Islam dan kristian.
“Dan sesungguhnya kamu dapati yang paling dekat persabahatannya dengan orang-orang yang beriman ialah orang-orang yang berkata: "Sesungguhnya kami ini orang Nasrani". (Surah al-Ma’idah:ayat 82)

Bukan lah ini bermakna saya cuba untuk menyamakan antara dua agama ini kerana jelas Allah s.w.t berfirman di dalam al- Quran yang bermaksud;
 “Sesungguhnya agama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam dan orang-orang (Yahudi dan nasrani) yang diberikan Kitab itu tidak berselisih (mengenai agama Islam dan enggan menerimanya) melainkan setelah sampai kepada mereka pengetahuan yang sah tentang kebenarannya; (perselisihan itu pula) semata-mata kerana hasad dengki yang ada dalam kalangan mereka dan (ingatlah), sesiapa yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah, maka sesungguhnya Allah Amat segera hitungan hisabNya.” [Ali-Imran :ayat 19]

Bukanlah suatu yang menghairankan jika ada niat dihati penganut kristian atau mana- mana agama lain keinginan untuk menyebarkan agama mereka kerana bagi setiap penganut apa jua agama pun mereka beranggapan hanya agama anutannnya pastilah benar dan selainnya adalah sesat tidak kira sama ada anutan itu atas kajian, penelitian, pencarian atau hanya sekadar ikut- ikutan. Maka beruntunglah bagi mereka yang mahu menggunakan akal kurniaan Allah untuk mengkaji dan memikirkan.

Mewujudkan ketegangan bukanlah suatu yang menguntungkan mana – mana pihak sekali pun. Mungkin apa yang dihajati atau matlamat agendanya dapat dicapai pada mulanya tetapi apakah bebaloi keuntungan yang sedikit ini dibeli dengan menggadai keharmonian untuk hari- hari yang akan datang.

Untuk mencari perbezaan sangatlah mudah. Untuk bermusuhan tidak perlu menunggu lama. Tetapi berapa lama masa yang kita perlu untuk membina semula perhubungan ini?
Adakan sempadan yang kita ciptakan sendiri ini dapat mendekatkan non- muslim terutamanya kristian kepada Islam dan membuatkan mereka memahami seterusnya menerima Islam yang amat benar ini? Sejauh manakah kita telah sampaikan mengenai Islam kepada mereka?
  
Alangkah baiknya jika umat Islam dan Kristian dapat berhubungan dengan baik atas dasar dasar persamaan (common) yang dikongsi bersama. Memang ada segelintir dari kristian yang membenci dan memusuhi Islam tapi saya percaya hampir semua mereka sebenarnya tidak mengetahui hakikat sebenar ajaran kristian itu sendiri. Jika kita dan mereka mengkaji maka akan kita temui satu perkara  yang bersamaan atau “common” antara kristian dan Islam dalam dasar agama keduanya ini.  Firman Allah yang bermaksud;

"Katakanlah (wahai Muhammad): “Wahai Ahli Kitab, marilah kepada satu Kalimah yang BERSAMAAN antara kami dengan kamu, iaitu KITA SEMUA TIDAK MENYEMBAH MELAINKAN ALLAH, DAN KITA TIDAK SEKUTUKAN DENGANNYA SESUATU JUA PUN; DAN JANGAN PULA SEBAHAGIAN DARI KITA MENGAMBIL AKAN SEBAHAGIAN YANG LAIN UNTUK DIJADIKAN ORANG-ORANG YANG DIPUJA DAN DIDEWA-DEWAKAN SELAIN DARI ALLAH”. Kemudian jika mereka (Ahli Kitab itu) barpaling (enggan menerimanya) maka katakanlah kepada mereka: “Saksikanlah kamu bahawa sesungguhnya kami adalah orang-orang Islam”. (Surah al- imran ayat 65).

Saya mengajak diri sendiri dan juga pembaca yang beragama Islam, cukuplah kita mencari perbezaan,menjauhi, memusihi dan menyalahkan mereka yang bukan Islam terutamanya Kristian yang bernaung dan berdamai dengan Islam. Mungkin ada antara mereka tidak menghormati Islam akan tetapi dalam masa yang sama elok juga kita renung kembali sikap kita sendiri yang masih tidak mencintai dan mengamalkan Islam yang sebenar secara keseluruhannya.
Sesungguhnya mengajak dengan penuh hikmah itu adalah sebaik- baik jalan dakwah.

 “Dan janganlah kamu berbahas dengan Ahli Kitab melainkan dengan cara yang lebih baik, kecuali orang-orang yang berlaku zalim di antara mereka dan katakanlah (kepada mereka): Kami beriman kepada (Al-Quran) yang diturunkan kepada kami dan kepada (Taurat dan Injil) yang diturunkan kepada kamu dan Tuhan kami, juga Tuhan kamu, adalah Satu dan kepadaNyalah, kami patuh dengan berserah diri.” Surah Al-Ankabut : ayat 46.

Kepada penganut kristian yang dihormati, andai lah benar dakwaan seperti yang dikatakan itu diharap dapat difikirkan sedalam dalamnya. Percayalah bahawa Islam itu adalah rahmat kepada sekalian alam. Tidak ada agama lain yang memberi jaminan hak dan toleransi agama sebagaimana yang dijamin dalam Islam bahkan hak haiwan juga mendapat tempat di dalam Islam.

Wallahualam...

p/s: semua di atas ini kecuali ayat- ayat Al-Quran adalah pandangan peribadi penulis, ianya tidak semestinya benar semuanya dan mungkin juga terdedah kepada salah dan silap. Ia terbuka untuk ditegur dan dikritik.


Saturday 14 May 2011

10 Mitos-mitos utama mengenai Islam


Sebagai perkongsian bagi menjawab “mitos” mengenai Islam.
Diterjemah dan disunting dari Sumber : 

10 Mitos-mitos utama mengenai Islam
Oleh Huda, About.com Guide



Islam ialah satu agama yang  telah disalah fahami secara meluas. Mereka yang tidak biasa dengan kepercayaan ini sering mempunyai salah faham tentang ajaran-ajaran dan amalan-amalannya. Tanggapan-tanggapan salah yang biasa didengar termasuklah yang orang Islam menyembah Tuhan bulan, bahawa Islam bersifat menindas wanita, atau Islam itu ialah satu kepercayaan yang memperkenalkan keganasan. Di sini kami akan memecahkan mitos-mitos ini dan mendedahkan mengenai ajaran Islam yang  sebenar.

1. Orang Islam menyembah Tuhan bulan

Ada dikalangan  bukan Islam tersalah anggap yang Allah ialah suatu "Tuhan Arab," suatu "Tuhan bulan," atau sesuatu seperti idola. Allah dalam bahasa Arab ialah nama khas bagi Tuhan yang sebenar- benarnya. Kepercayaan paling asas yang dipunyai seorang Islam adalah " hanya ada satu Tuhan /esa/tunggal ," pencipta , pentadbir alam  diketahui dalam bahasa Arab dan oleh orang Islam sebagai Allah. Orang-orang Kristian berbahasa Arab menggunakan perkataan sama (Allah) untuk Tuhan.

2. Muslim tidak mempercayai Jusus Christ (Nabi Isa a.s)

Dalam Qur'an, cerita-cerita tentang kehidupannya dan ajaran-ajaran Jesus Christ (dipanggil 'Isa a.s dalam bahasa Arab) amat banyak. Qur'an menyatakan semuala tentang kelahirannya yang menakjubkan, ajaran-ajarannya , dan mukjizat yang ditunjukkan dengan izin  Allah. Malah ada satu bab/ surah di dalam  Qur'an dinamakan bersempena ibu beliau, Mary (Mariam dalam bahasa Arab). Bagaimanapun , Muslim percaya yang Nabi Isa ialah seorang  nabi, manusia sepenuhnya dan tidak dalam apa-apa cara menjadikannya sebagai tuhan.

3. Kebanyakan orang Islam adalah orang Arab

Sementara Islam selalu dikaitkan dengan orang-orang Arab, mereka hanya membentuk 15% daripada keseluruhan penduduk Islam dunia. Negara dengan penduduk terbesar Muslim ialah Indonesia. Muslim membentuk 1 / 5 penduduk dunia, dengan jumlah besar didapati di Asia (69%), Afrika (27%), Eropah (3%) dan bahagian lain dunia.

4. Islam menindas wanita

Kebanyakan daripada penderaan yang diterima  wanita dalam masyarakat  Islam adalah diasaskan budaya tempatan dan adat tradisi yang  tiada sebarang asas dalam kepercayaan dan ajaran Islam. Malah, amalan-amalan seperti berkahwin secara paksa, penderaan oleh pasangan , dan pergerakan terhad secara langsung bercanggah dengan hukum syarak yang mengawal dan mengatur  tingkah laku keluarga dan kebebasan peribadi.

5. Muslim kejam, pelampau-pelampau, pengganas

Keganasan tidak boleh dijustifikasikan di bawah mana-mana tafsiran sahih agama Islam. Keseluruhan Qur'an itu, perlu diambil sebagai teks lengkap, memberi satu pesanan harapan, kepercayaan , dan keamanan bagi satu komuniti agama yang dianuti satu bilion orang. Mesej kuat bagi keamanan ialah untuk diperolehi  melalui kepercayaan pada Tuhan , dan keadilan antara sesama manusia. Pemimpin-pemimpin muslim dan sarjana-sarjana bersuara menentang keganasan dalam semua bentuk, dan menawarkan penerangan-penerangan terhadap salah faham atau pemesongan ajaran Islam sebenar.

6. Islam tidak bertoleransi dengan  kepercayaan lain

Melalui Qur'an, Muslim adalah diingatkan bahawa mereka tidak satu-satunya yang menyembah Allah. Orang Yahudi dan orang-orang Kristian telah dipanggil "Ahli Kitab,"  yang bermaksud kaum  yang ada menerima pendedahan sebelum ini dari Tuhan yang maha Esa yang kita semua sembah. Qur'an juga memerintahkan Muslim melindungi dari merosakkan bukan sahaja masjid-masjid, tetapi juga bihara-bihara, sinagog , dan gereja-gereja kerana "Tuhan disembah di dalamnya."

7. Islam memperkenalkan "jihad" untuk menyebarkan Islam melalui pedang  dan membunuh semua bukan penganut Islam
Perkataan Jihad itu berasal dari satu perkataan Arab yang bererti "berjuang”.  Kata-kata berkaitan lain termasuk "usaha," "kerja," dan "keletihan." Pada dasarnya Jihad ialah satu usaha untuk mengamalkan agama berhadapan dengan penindasan dan penganiayaan. Usaha itu termasuklah melawan kejahatan dalam hati anda sendiri, atau dalam melawan seorang diktator. Usaha ketenteraan adalah termasuk sebagai satu pilihan, tetapi sebagai jalan terakhir dan tidak "untuk menyebarkan Islam dengan pedang."

8. Quran telah ditulis oleh Muhammad dan disalin dari Kristian dan sumber-sumber Yahudi

Qur'an telah diwahyukan kepada Nabi Muhammad s.a.w dalam suatu tempoh dua dekad, mengajak manusia menyembah Tuhan yang Maha Kuasa dan supaya kehidupan mereka menurut kepercayaan ini. Qur'an mengandungi cerita-cerita nabi-nabi seperti di dalam Bible, kerana nabi-nabi ini juga berdakwah mesej  Tuhan. Cerita-cerita bukan sekadar disalinkan, tetapi tradisi-tradisi lisan dirujuk dalam sebahagian hal yang menumpukan pada contoh-contoh dan ajaran-ajaran yang kita boleh belajar daripada mereka.

9. Sembahyang Islam hanyalah  pelaksanaan ritual  yang tidak ikhlas

sembahyang/Solat  ialah satu masa kita berdiri mengahadap Tuhan dan menyatakan keimanan, berterima kasih atas rahmatNya , dan memohon bimbingan dan keampunan. Semasa sembahyang/solat seseorang   Islam, seseorang itu adalah bersederhana, patuh dan penuh hormat kepada Tuhan. Dengan  tunduk dan sujud di atas lantai, kita melahirkan kerendahan hati sepenuhnya kepada Tuhan yang Maha Kuasa.

10. Bulan sabit ialah satu simbol sejagat Islam

Masyarakat Islam awal tidak benar-benar mempunyai suatu simbol. Semasa masa Nabi Muhammads.a.w., karavan-karavan Islam dan askar-askar mengibarkan bendera-bendera berwarna (biasanya hitam, hijau, atau putih) untuk tujuan penganalan. Bulan sabit dan lambang bintang yang sebenarnya wujud zaman pra Islam sejak ribuan  tahun , dan tidak berkaitan dengan Islam sama sekali sehingga Zaman Khalifah Uthmaniah meletakkannya pada bendera mereka.