"Sampaikan dariku walau satu ayat!" Aku hanyalah hamba Allah yang mengaharapkan keredhaan-Nya, bersyukur atas dua nikmat agung kurniaan-Nya iaitu Iman dan Islam, menyahut anjuran Rasulullah s.a.w untuk menyampaikan kebaikan kepada sesama insan. Aku bukanlah ilmuan,bukanlah ustaz, bukan juga murabbi sekadar ingin sedikit menyumbang sekadar yang termampu pada jalan-Nya, menyelusuri jalan yang sedia dirintis, agar ini menjadi hujahku dihari yang tiada lagi mati sesudah itu.
Waktu Solat
Sunday, 29 May 2011
Mengapa manusia perlu kepada Agama?
Mengapa kita perlu kepada agama? Dr. Zakir Naik memberikan jawapan yang ringkas, logik dan praktikal.
Saturday, 21 May 2011
Bible Mendorong Joshua Evan kepada Islam.
Hidayah Allah boleh datang melalui apa cara pun yang tak disangka- sangka. Bahkan melalui Bible pun Allah boleh memberikan hidayah kepada manusia yang mahu mencari dan mahu berfikir. Cari lah Allah nescaya Allah akan mendekatimu. Diibaratkan Allah adalah lebih dekat dengan kita lebih dari dekatnya urat leher kita sendiri.
Video ini banyak memberi inspirasi juga ingatan kepada diri aku bahawa begitu ramai sekali di luar sana rakan- rakan kita yang non-Muslim yang tidak pernah disampaikan mengenai Islam. Tidak pernah kita ceritakan mengenai kebenaran Islam sedangkan kita tahu mereka salah memilih jalan. Bahkan ramai di antara mereka adalah orang- orang yang baik, yang penyanyang dan menghormati kita juga ada yang berjasa kepada kita.
Adakah kita orang yang mementingkan diri dan tergamak membiarkan saja mereka begitu tetapi dalam masa wujud juga perasaan bimbang atas penolakkan, dijauhi, dicerca dan sebagainya. Ini lah dilema yang dihadapi oleh orang yang baru ada hati dalam dakwah seperti juga aku.
Wallahualam.

Tuesday, 17 May 2011
Kristian Agama Rasmi Negara?
Masih belum reda hangatnya isu penggunaan kalimah Allah dalam Bible berbahasa melayu kini timbul pula isu yang mendakwa atau kononnya penganut Kristian nak menjadikan Kristian sebagai agama rasmi Malaysia. Sejauh mana kebenarannya masih tidak dapat dipastikan.
Akan tetapi isu yang ditimbulkan ini sangat sensitif bagi Umat Islam dinegara ini juga bagi pihak yang dituduh. Pihak yang membuat tuduhan mestilah bertanggungjawab dengan apa yang didakwanya itu dengan memberi bukti- bukti yang benar kerana hal ini bukanlah suatu yang boleh dipermain – main kana atas apa saja tujuan sekali pun. Amat keji lagi jika ianya hanya suatu fitnah yang bertujuan untuk meraih simpati atau menarik sokongan di atas sesuatu yang tidak dapat dipastikan kebenarannya. Akibatnya sangatlah bahaya yang boleh menyalakan api perkauman juga menimbulkan ketegangan kepada hubungan baik dan saling hormat antara agama di negara yang kita cintai ini.
Seharusnya kita sedar betapa rapatnya hubungan dan persamaan antara dua agama samawi ini iaitu Islam dan kristian.
“Dan sesungguhnya kamu dapati yang paling dekat persabahatannya dengan orang-orang yang beriman ialah orang-orang yang berkata: "Sesungguhnya kami ini orang Nasrani". (Surah al-Ma’idah:ayat 82)
Bukan lah ini bermakna saya cuba untuk menyamakan antara dua agama ini kerana jelas Allah s.w.t berfirman di dalam al- Quran yang bermaksud;
“Sesungguhnya agama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam dan orang-orang (Yahudi dan nasrani) yang diberikan Kitab itu tidak berselisih (mengenai agama Islam dan enggan menerimanya) melainkan setelah sampai kepada mereka pengetahuan yang sah tentang kebenarannya; (perselisihan itu pula) semata-mata kerana hasad dengki yang ada dalam kalangan mereka dan (ingatlah), sesiapa yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah, maka sesungguhnya Allah Amat segera hitungan hisabNya.” [Ali-Imran :ayat 19]
Bukanlah suatu yang menghairankan jika ada niat dihati penganut kristian atau mana- mana agama lain keinginan untuk menyebarkan agama mereka kerana bagi setiap penganut apa jua agama pun mereka beranggapan hanya agama anutannnya pastilah benar dan selainnya adalah sesat tidak kira sama ada anutan itu atas kajian, penelitian, pencarian atau hanya sekadar ikut- ikutan. Maka beruntunglah bagi mereka yang mahu menggunakan akal kurniaan Allah untuk mengkaji dan memikirkan.
Mewujudkan ketegangan bukanlah suatu yang menguntungkan mana – mana pihak sekali pun. Mungkin apa yang dihajati atau matlamat agendanya dapat dicapai pada mulanya tetapi apakah bebaloi keuntungan yang sedikit ini dibeli dengan menggadai keharmonian untuk hari- hari yang akan datang.
Untuk mencari perbezaan sangatlah mudah. Untuk bermusuhan tidak perlu menunggu lama. Tetapi berapa lama masa yang kita perlu untuk membina semula perhubungan ini?
Adakan sempadan yang kita ciptakan sendiri ini dapat mendekatkan non- muslim terutamanya kristian kepada Islam dan membuatkan mereka memahami seterusnya menerima Islam yang amat benar ini? Sejauh manakah kita telah sampaikan mengenai Islam kepada mereka?
Alangkah baiknya jika umat Islam dan Kristian dapat berhubungan dengan baik atas dasar dasar persamaan (common) yang dikongsi bersama. Memang ada segelintir dari kristian yang membenci dan memusuhi Islam tapi saya percaya hampir semua mereka sebenarnya tidak mengetahui hakikat sebenar ajaran kristian itu sendiri. Jika kita dan mereka mengkaji maka akan kita temui satu perkara yang bersamaan atau “common” antara kristian dan Islam dalam dasar agama keduanya ini. Firman Allah yang bermaksud;
"Katakanlah (wahai Muhammad): “Wahai Ahli Kitab, marilah kepada satu Kalimah yang BERSAMAAN antara kami dengan kamu, iaitu KITA SEMUA TIDAK MENYEMBAH MELAINKAN ALLAH, DAN KITA TIDAK SEKUTUKAN DENGANNYA SESUATU JUA PUN; DAN JANGAN PULA SEBAHAGIAN DARI KITA MENGAMBIL AKAN SEBAHAGIAN YANG LAIN UNTUK DIJADIKAN ORANG-ORANG YANG DIPUJA DAN DIDEWA-DEWAKAN SELAIN DARI ALLAH”. Kemudian jika mereka (Ahli Kitab itu) barpaling (enggan menerimanya) maka katakanlah kepada mereka: “Saksikanlah kamu bahawa sesungguhnya kami adalah orang-orang Islam”. (Surah al- imran ayat 65).
Saya mengajak diri sendiri dan juga pembaca yang beragama Islam, cukuplah kita mencari perbezaan,menjauhi, memusihi dan menyalahkan mereka yang bukan Islam terutamanya Kristian yang bernaung dan berdamai dengan Islam. Mungkin ada antara mereka tidak menghormati Islam akan tetapi dalam masa yang sama elok juga kita renung kembali sikap kita sendiri yang masih tidak mencintai dan mengamalkan Islam yang sebenar secara keseluruhannya.
Sesungguhnya mengajak dengan penuh hikmah itu adalah sebaik- baik jalan dakwah.
“Dan janganlah kamu berbahas dengan Ahli Kitab melainkan dengan cara yang lebih baik, kecuali orang-orang yang berlaku zalim di antara mereka dan katakanlah (kepada mereka): Kami beriman kepada (Al-Quran) yang diturunkan kepada kami dan kepada (Taurat dan Injil) yang diturunkan kepada kamu dan Tuhan kami, juga Tuhan kamu, adalah Satu dan kepadaNyalah, kami patuh dengan berserah diri.” Surah Al-Ankabut : ayat 46.
Kepada penganut kristian yang dihormati, andai lah benar dakwaan seperti yang dikatakan itu diharap dapat difikirkan sedalam dalamnya. Percayalah bahawa Islam itu adalah rahmat kepada sekalian alam. Tidak ada agama lain yang memberi jaminan hak dan toleransi agama sebagaimana yang dijamin dalam Islam bahkan hak haiwan juga mendapat tempat di dalam Islam.
Wallahualam...
Wallahualam...
p/s: semua di atas ini kecuali ayat- ayat Al-Quran adalah pandangan peribadi penulis, ianya tidak semestinya benar semuanya dan mungkin juga terdedah kepada salah dan silap. Ia terbuka untuk ditegur dan dikritik.
Saturday, 14 May 2011
10 Mitos-mitos utama mengenai Islam
Diterjemah dan disunting dari Sumber :
10 Mitos-mitos utama mengenai Islam
Oleh Huda, About.com Guide
Islam ialah satu agama yang telah disalah fahami secara meluas. Mereka yang tidak biasa dengan kepercayaan ini sering mempunyai salah faham tentang ajaran-ajaran dan amalan-amalannya. Tanggapan-tanggapan salah yang biasa didengar termasuklah yang orang Islam menyembah Tuhan bulan, bahawa Islam bersifat menindas wanita, atau Islam itu ialah satu kepercayaan yang memperkenalkan keganasan. Di sini kami akan memecahkan mitos-mitos ini dan mendedahkan mengenai ajaran Islam yang sebenar.
1. Orang Islam menyembah Tuhan bulan
Ada dikalangan bukan Islam tersalah anggap yang Allah ialah suatu "Tuhan Arab," suatu "Tuhan bulan," atau sesuatu seperti idola. Allah dalam bahasa Arab ialah nama khas bagi Tuhan yang sebenar- benarnya. Kepercayaan paling asas yang dipunyai seorang Islam adalah " hanya ada satu Tuhan /esa/tunggal ," pencipta , pentadbir alam diketahui dalam bahasa Arab dan oleh orang Islam sebagai Allah. Orang-orang Kristian berbahasa Arab menggunakan perkataan sama (Allah) untuk Tuhan.
2. Muslim tidak mempercayai Jusus Christ (Nabi Isa a.s)
Dalam Qur'an, cerita-cerita tentang kehidupannya dan ajaran-ajaran Jesus Christ (dipanggil 'Isa a.s dalam bahasa Arab) amat banyak. Qur'an menyatakan semuala tentang kelahirannya yang menakjubkan, ajaran-ajarannya , dan mukjizat yang ditunjukkan dengan izin Allah. Malah ada satu bab/ surah di dalam Qur'an dinamakan bersempena ibu beliau, Mary (Mariam dalam bahasa Arab). Bagaimanapun , Muslim percaya yang Nabi Isa ialah seorang nabi, manusia sepenuhnya dan tidak dalam apa-apa cara menjadikannya sebagai tuhan.
3. Kebanyakan orang Islam adalah orang Arab
Sementara Islam selalu dikaitkan dengan orang-orang Arab, mereka hanya membentuk 15% daripada keseluruhan penduduk Islam dunia. Negara dengan penduduk terbesar Muslim ialah Indonesia. Muslim membentuk 1 / 5 penduduk dunia, dengan jumlah besar didapati di Asia (69%), Afrika (27%), Eropah (3%) dan bahagian lain dunia.
4. Islam menindas wanita
Kebanyakan daripada penderaan yang diterima wanita dalam masyarakat Islam adalah diasaskan budaya tempatan dan adat tradisi yang tiada sebarang asas dalam kepercayaan dan ajaran Islam. Malah, amalan-amalan seperti berkahwin secara paksa, penderaan oleh pasangan , dan pergerakan terhad secara langsung bercanggah dengan hukum syarak yang mengawal dan mengatur tingkah laku keluarga dan kebebasan peribadi.
5. Muslim kejam, pelampau-pelampau, pengganas
Keganasan tidak boleh dijustifikasikan di bawah mana-mana tafsiran sahih agama Islam. Keseluruhan Qur'an itu, perlu diambil sebagai teks lengkap, memberi satu pesanan harapan, kepercayaan , dan keamanan bagi satu komuniti agama yang dianuti satu bilion orang. Mesej kuat bagi keamanan ialah untuk diperolehi melalui kepercayaan pada Tuhan , dan keadilan antara sesama manusia. Pemimpin-pemimpin muslim dan sarjana-sarjana bersuara menentang keganasan dalam semua bentuk, dan menawarkan penerangan-penerangan terhadap salah faham atau pemesongan ajaran Islam sebenar.
6. Islam tidak bertoleransi dengan kepercayaan lain
Melalui Qur'an, Muslim adalah diingatkan bahawa mereka tidak satu-satunya yang menyembah Allah. Orang Yahudi dan orang-orang Kristian telah dipanggil "Ahli Kitab," yang bermaksud kaum yang ada menerima pendedahan sebelum ini dari Tuhan yang maha Esa yang kita semua sembah. Qur'an juga memerintahkan Muslim melindungi dari merosakkan bukan sahaja masjid-masjid, tetapi juga bihara-bihara, sinagog , dan gereja-gereja kerana "Tuhan disembah di dalamnya."
7. Islam memperkenalkan "jihad" untuk menyebarkan Islam melalui pedang dan membunuh semua bukan penganut Islam
Perkataan Jihad itu berasal dari satu perkataan Arab yang bererti "berjuang”. Kata-kata berkaitan lain termasuk "usaha," "kerja," dan "keletihan." Pada dasarnya Jihad ialah satu usaha untuk mengamalkan agama berhadapan dengan penindasan dan penganiayaan. Usaha itu termasuklah melawan kejahatan dalam hati anda sendiri, atau dalam melawan seorang diktator. Usaha ketenteraan adalah termasuk sebagai satu pilihan, tetapi sebagai jalan terakhir dan tidak "untuk menyebarkan Islam dengan pedang."
8. Quran telah ditulis oleh Muhammad dan disalin dari Kristian dan sumber-sumber Yahudi
Qur'an telah diwahyukan kepada Nabi Muhammad s.a.w dalam suatu tempoh dua dekad, mengajak manusia menyembah Tuhan yang Maha Kuasa dan supaya kehidupan mereka menurut kepercayaan ini. Qur'an mengandungi cerita-cerita nabi-nabi seperti di dalam Bible, kerana nabi-nabi ini juga berdakwah mesej Tuhan. Cerita-cerita bukan sekadar disalinkan, tetapi tradisi-tradisi lisan dirujuk dalam sebahagian hal yang menumpukan pada contoh-contoh dan ajaran-ajaran yang kita boleh belajar daripada mereka.
9. Sembahyang Islam hanyalah pelaksanaan ritual yang tidak ikhlas
sembahyang/Solat ialah satu masa kita berdiri mengahadap Tuhan dan menyatakan keimanan, berterima kasih atas rahmatNya , dan memohon bimbingan dan keampunan. Semasa sembahyang/solat seseorang Islam, seseorang itu adalah bersederhana, patuh dan penuh hormat kepada Tuhan. Dengan tunduk dan sujud di atas lantai, kita melahirkan kerendahan hati sepenuhnya kepada Tuhan yang Maha Kuasa.
10. Bulan sabit ialah satu simbol sejagat Islam
Masyarakat Islam awal tidak benar-benar mempunyai suatu simbol. Semasa masa Nabi Muhammads.a.w., karavan-karavan Islam dan askar-askar mengibarkan bendera-bendera berwarna (biasanya hitam, hijau, atau putih) untuk tujuan penganalan. Bulan sabit dan lambang bintang yang sebenarnya wujud zaman pra Islam sejak ribuan tahun , dan tidak berkaitan dengan Islam sama sekali sehingga Zaman Khalifah Uthmaniah meletakkannya pada bendera mereka.

Sunday, 8 May 2011
Anak Mak
Pertama sekali tahniah kepada pembuat clip video ni. Bagi aku, clip ni simple tapi penuh makna, penuh mesej dan men " touching"kan... buatkan aku teringatkan mak yang begitu besar pengorbanannya... tak ada ayat, puisi, lagu yang dapat menggambarkan keibuan dan pengorbananan mak dalam mendidik dan membesarkan aku.
Dulu mak sanggup temankan aku study awal- awal pagi, buatkan air sambil mak tersengguk- senguk tunggu di sebelah.
Dulu aku nak korek telinga pun suruh mak.
Dulu tengok mak suapkan adik makan, aku pun nak disuap jugak.
Dulu nak exam mesti telepon mak mintak doakan
Dah khawin pun bila ada masalah telefon mak
Sampaikan kucing suka melepas kat laman rumah pun mengadu kat mak.
Mak adalah anugerah agung selepas Iman dan Islam...
Mengapa saya beragama Islam?
Awal- awal ni semacam tak tahu apa yang aku nak tulis. Selepas beberapa ketika cari ilham Alhamdulillah idea pun datang. Aku terpikir satu soalan iaitu kenapa aku beragama Islam? So aku cuba list down jawapan yang mungkin dan buat sedikit pencarianmaka secara ringkas ini jawapannya:
· Jawapan awalnya pastinya ialah sebab dilahirkan dalam keluarga Islam. Dididik dan dibesarkan dengan acuan Islam.
· Jawapan seterusnya mungkin juga “takdir”. Yang ini mungkin bukan suatu “option”... begitu juga bangsa atau keturunan kita. Kita memang tak ada peluang memilih untuk dilahirkan sebagai bangsa apa pun. Betul tak.. jadi berbanggalah bangsa apa pun kita. Hormatlah orang yang tidak sebangsa dengan kita.
Bila dah ada jawapan tu datang pulang soalan mengapa saya kekal hingga kini beragama Islam? Sebab ada juga orang- orang yang murtad setelah Islam. So jawapan nya begini;
Pertamanya aku amat yakin Islam adalah satu- satunya agama yang benar lalu aku sendiri memilih Islam. Pemilihan ni adalah berasaskan kajian aku sendiri, bukan sekadar ikut – ikut saja. Dan daripada kajian dan penelitian aku sebagai orang awam ni faktor pemilihan Islam sebagai “the way of life” adalah kerana:
§ Ajaran Islam ini adalah logik dan diterima akal. Konsep ketuhanan yang jelas dan terang iaitu:
§ Tuhan itu esa atau tunggal,
§ tuhan ialah segala ciptaan bergantung kepadaNya,
§ tuhan itu tidak mempunyai anak,
§ tuhan itu tidak dilahirkan dan
§ tuhan itu tidak ada sesuatu apa pun yang boleh dibandingkan denganNya
§ Memberi pedoman lengkap /“syumul”
Ajaran Islam memang the way of life. Panduan (suruhan dan larangan) yang diberikan kepada umatnya bermula dari bangun tidur di pagi hari sampai lah kita nak tidur pulak malamnya. Dari hal rumahtangga, politik, ekonomi, hubungan sesama manusia, bahkan sampai kepada hak haiwan dan juga tumbuhan. Tidak ada agama lain yang selengkap ini. Sempurna sekali.. pasti ini adalah panduan yang diberikan dari Pencipta kepada Yang dicipta.
“ Telah kami turunkan kepadamu Al-Quran untuk menjelaskan segala sesuatu, dan sebagai petunjuk, rahmat maupun kabar gembira bagi orang-orang yang berserah diri.” (An Nahl: 89).
§ Selari dengan fitrah rohani dan jasmani
“Katakanlah, siapa yang melarang perhiasan Allah yang dikeluarkan-Nya untuk hamba-hamba- Nya dan rizqi yang baik-baik. Katakanlah, itu untuk orang-orang yang beriman dalam kehidupan di dunia ini, terlebih pada hari akhirat nanti. Begitulah Aku menjelaskan ayat-ayat-Ku untuk orang-orang yang mengetahui.” (Al-A'raf: 32)
§ Memenuhi keperluan individu dan masyarakat
“Dan bahwasanya seorang manusia tidak akan memperoleh selain apa yang telah dia usahakan.” (An Najm: 39)
"Dan dalam harta kekayaan mereka ada bagian hak yang dibutuhkan oleh yang meminta dan miskin." (Adz-Dzariyat: 19)
“Pada hari ini, telah kusempurnakan bagi kalian agama ini, telah kucukupkan nikmatku, dan telah kuridhai Islam sebagai agama kalian.”
§ Universal dan kemanusiaan juga relevan sepanjang zaman, dan semua tempat
§ Agama Islam kekal sebagai mana asalnya dari sumber asalnya al-Quran dan Hadith
Sebab kedua ialah; kerana taufik dan hidayah dari Allah s.w.t... Aku bersyukur padaMu ya Allah atas nikmat Iman dan Islam ini. Semoga Allah tetapkan hati ini pada Iman yang benar dan dimatikan aku dalam Iman dan Islam. Amin...
Hukum Meraikan Sambutan Hari Ibu
Ha... ini pulak saya jumpa di satu laman web... meh kita kaji sama- sama semua pendapat..
Sudah pasti semua orang sudah biasa dengan ucapan “Happy mother’s day ” sempena menyambut Hari Ibu. Secara ringkasnya Hari Ibu ialah hari pengiktirafan kaum ibu, yang disambut pada hari-hari berbeza di kebanyakan tempat merata dunia. Ia juga disambut pada hari berbeza antara negara kerana berbagai-bagai asal-usulnya. Di negara Malaysia pulak, sebagaimana US, Jepun, Netherlands, Australia, Austria, Canada, China, Italy, Hongkong, Finland, Switzerland, Turki dan beberapa negara lain menyambut sambutan Hari ibu pada hari Ahad kedua bulan Mei. Maknanya bagi 2010 ni sambutan hari ibu jatuh pada 9 Mei 2010.
Manakala negara di Timur Tengah seperti Iraq, Oman, Jordan, UAE, Arab saudi, Kuwait, Sudan, Palestin, Mesir pula menyambutnya pada permulaan musim bunga iaitu 21 Mac sementara Hari Ibu di Indonesia ialah pada 22 Disember.
Sambutan hari ibu juga diambil perhatian berikutan timbul isudari artikel wiki mengenai asal-usul hari tersebut iaitu:
Satu aliran pemikiran mengakui bahawa perayaan ini lahir dari satu adat pemujaan ibu di Yunani Purba, yang menyambut satu perayaan untuk Cybele, ibu dewa-dewi Yunani yang agung. Perayaan ini diadakan sekitar equinoks musim bunga di Asia Kecil dan tidak lama kemudian di Rom dari 15 hingga 18 Mac.Orang Rom Purba juga menyambut sebuah perayaan bernama Matronalia yang memperingati dewi Juno, dan ibu lazimnya diberi hadiah pada hari ini.
Berdasarkan itu terdapat pendapat yang mengatakan umat islam tidak harus meraikan sambutan hari ibu kerana dikhuatiri terpengaruh dengan tradisi dan ajaran bangsa Yunani tersebut.
Pada masa yang sama berdasarkan artikel yang ditemui semasa mencari sumber mengenai kesahihan dan hukum sebenar mengenai sambutan hari ibu ni, contohnya dari mysuperkids.net yang menjelaskan bahawa :
Jabatan Mufti Selangor mengeluarkan kenyataan mengenai sambutan hari ibu:1. Sambutan yang sederhana dan tidak membazir
2. Sambutan yang menzahirkan rasa syukur atau takziah jika ditimpa musibah.
3. Sebaik-baik sambutan ialah solat jemaah, majlis tahlil, doa selamat dan sebagainya.
4. Muhasabah diri para ibubapa ke atas tanggungjawab yang dipikul selama ni.
5. Koreksi diri ibu untuk menjadi contoh terbaik bagi anak2nya.
6. Mewujudkan persekitaran yang baik untuk perkembangan anak-anak.
7. Mengambil langkah proaktif untuk mempertingkatkan parenting skills.
Garis panduan yang dikeluarkan oleh pejabat Mufti Selangor boleh dilawati di laman web rasmi Jabatan Mufti Selangor.
Jawaban:Salam,Alasan-alasan keharusannya, di sisi saya, ialah:
Memang ada pendapat sesetengah ulama yang mengharamkan sambutan hari ibu kerana asal usul sejarahnya. Namun, di Singapura pada pengamatan saya pendirian umum mengenainya di sisi asatizah ialah ianya harus. Banyak masjid-masjid di Singapura turut menganjurkan majlis dan program bagi menghargai ibu pada hari ibu. Jika sambutan ini dikira sebagai kemunkaran yang serius, pastinya Majlis Ugama Islam Singapura dan badan ulama akan mengeluarkan pernytaan untuk menegur masyarakat Islam.
1. Amalan manusia tidak statik, ia selalunya melaluis proses evolusi. Apa yang bermula sebagai tidak betul, tidak semestinya kekal tidak betul sepanjang zaman dan apa yang mulanya betul, tidak semestinya sampai bila-bila tetap betul.2. Dalam kes hari ibu, ia telah melalui evolusi yang pada hari ni sudah tiada kena mengena pun dengan mitos atau dewa orang Yunani. Hakikat ini tidak boleh dinafikan dalam menetapkan hukum. kalau tidak, hukum akan bersifat statik dan tidak tepat.3. Sambutan hari ibu berbeza sama sekali dgn hari Valentine kerana pada hari ibu, kita tidak lagi memperingati dewa, simbol atau tokoh agama tertentu, tetapi yang diperingati ialah semua kaum ibu. Selain itu, menghargai jasa ibu ialah anjuran agama. Manakala, budaya hari Valentine umumnya ialah bersifat jalinan kasih antara pasangan yang bercinta yang melibatkan golongan yang belum kahwin, berunsur “romen-romen” dll, adalah sesuatu yang lebih dekat dengan larangan agama. Maka, eloklah ia dilarang untuk tutup pintu kejahatan.4. Kalau diperhatikan, sebahagian dari nama-nama bulan-bulan tahun Gregorian ialah nama-nama dewa orang-orang Rom dan Yunani dahulu kala (sila rujuk mereka yang arif dalam hal ni) tapi kita tidak dengar pendapat para ulama yang mengharamkannya kecuali mungkin oleh golongan yang kecil (ultra-ortodoks) di kalangan umat Islam kerana penggunaan nama-nama bulan ni pada hari ni sudah hilang pada pemikiran umum sebagai pendewaan terhadap dewa Rom atau Yunani.Salam
Pihak JAKIM juga pada 15 Mei 2009 telah mengeluarkan khutbah jumaat berkaitan hari seorang ibu, pada pandangan dan pemahaman blog ini umat islam perlu berhati-hati dan memastikan apa jua sambutan tidak melanggar hukum syariat.
Tanpa ibu siapalah kita semua ni, bagi aku sehebat mana individu tu tapi kalau tidak kasih dan sayang terhadap ibunya sendiri maka tidak bernilai hidupnya kerana sudah jelas bahawa syurga itu terletak di bawah kaki ibu.
sumber : Hukum Meraikan Sambutan Hari Ibu
Hukum Menyambut Hari Ibu
Dah tahu asal usul sambutan hari ibu kan... so apa pula hukum menyambutnya bagi kita yang beragama Islam? Saya jumpa satu blog yang bagus infonya. Elok juga saya kongsi di sini.
Assalamualaikum wbt..
No..no..no..ini bukan entry nak cari glemer atau entry SEO..aku kaji tadi kat internet,dan aku buat entry ni nak menyedarkan orang ramai tentang Hukum Sambutan Hari Ibu nih..kerana ada beberapa blogger yg sesuka hati buat hukum sendiri..so aku kaji tengok kat internet,beberapa pendapat ustaz dan ulama berkenaan sambutan hari ibu nih..
Ya,aku tau la..Hari Ibu ni berasal dari nama dewa Greek bla..bla..bla..haram la..bla..bla..bla..jap! x payah nak rungkai hujah ko lagi..dengar dulu ape aku nak cakap ni..
Kejap aku nak tanye korang,korang sambut hari ibu ni kerana apa ?? Niat dalam hati korang tu,nak sambut siapa ?? Ibu kan ?? Ade ke dalam hati korang nak sambut Hari Ibu ni,korang niat macam ni "eh hari ni hari ibu la..aku nak puja dewa greek bla..bla..bla.."... tak ade pun kan ??? Habis dah xde yg gatal sangat suke2 kuarkan hukum kenapa ??
Ya,aku tau la "matlamat tidak menghalalkan cara" ... masalahnya CARA ini salah ke ?? Sambut Hari Ibu ni salah ke ??
Ya,memang ada ulama yang cakap sambut hari ibu ni haram..cube korang baca balik betul2 apa yg dia cakap tu,hukumnya HARAM kerana apa ?? Mesti diorang akan cakap yg hukum haram sambut Hari Ibu pada 8 Mei tu kalau korang sambut tu dengan 2 niat , even ada salah satu pun dah jadi Haram iaitu :
i) Menghormati dan menghargai ibu HANYA pada hari ini (8 Mei)..kerana seorang ibu tidak layak HANYA dihargai dalam satu hari yg singkat sahaja..
ii) Dibuat kerana meniru perbuatan orang bukan Islam secara syar'ie..percaya Tuhan Greek diorang tu..ape2 yg berkaitan dgn agama diorang la..
Islam mewajibkan setiap umatnya menghormati,menyayangi dan menghargai ibu mereka setiap saat dan ketika..tidak perlu ada hari yg istimewa untuk hal ini,kerana dalam Islam cuma ada 2 perayaan sahaja iaitu :
i) Hari Raya AidilFitri
ii) Hari Raya Aidiladha
Selain dari 2 perayaan ini,ianya dikira sebagai bid'aah atau "mengadakan sesuatu yg tiada" atau tidak diamalkan di zaman Rasulullah SAW..TETAPI ianya tidak menjadi satu kesalahan,malah diHARUSkan jika kita menyambut hari ini tidak berdasarkan 2 niat yg atas tadi...
Ini petikan daripada salah satu jawapan ulama berkenaan Hukum Menyambut Hari Ibu ...
"Jika kita menganggap bahawa apa yang dinamakan oleh orang-orang barat sebagai hari ibu itu sebagai hari memuliakan/menghormati ibu hanya sebagai tambahan sahaja (kewajipan menghormati ibu telahpun siap kita laksanakan), maka di sana syarak tidak menghalangnya. Yang ditegah oleh syarak ialah jika perayaan berkenaan dianggap sebagai ‘id/perayaan dengan maksud syar’i. Begitu juga ditegah jika pembatasan menghormati dan memuliakan ibu hanya pada hari berkenaan sahaja. Jadi, jika dua perkara ini ternafi, maka tidak ada halangan untuk memuliakan atau menghormati ibu pada hari ibu"
Di sini juga aku sertakan beberapa link website yg aku rujuk berkenaan entry ni iaitu :
ii) AL-Ahkam.net
Dr.Yusuf Al-Qaradhawi pun dah keluarkan fatwa,HARAM menyambut jika niat ingin meniru golongan2 bukan Islam tu..kerana ada hadis yang mengatakan bahawa jika kita meniru perbuatan satu golongan,maka kita akan termasuk dalam golongan tersebut..so kalau niat tu bukan untuk meniru,maka hukumnya HARUS..
So di sini aku nak ingatkan, jangan la korang sempitkan otak korang dengan hanya berbekalkan beberapa kata-kata kawan atau sekadar guna otak sendiri..Dah sedar ilmu agama tu tak tinggi,so rujuk la ustaz-ustaz..bukan kuarkan hukum sendiri..
Bagi aku sendiri,sampai sekarang pun aku tak pernah anggap Hari Ibu ni diasaskan oleh orang Greek ke ape ke tu...Dalam hati aku dah set,setiap hari adalah hari ibu..dan sengaja aku pilih 8 Mei ni sebab ianya dah dikenali dgn Hari Ibu dan maybe aku boleh buat something yg akan buat ibu aku lebih gembira berbanding hari-hari yang lain..tu je..pasal Tuhan Greek la..ape la tu..persetan je dengan diorang..tak payah la tunjuk alim suka-suka hati je nak kuarkan hukum haram sendiri,sedangkan korang tak rujuk mana-mana ustaz lagi..
So kepada sahabat-sahabat yg lain,usah risau untuk menyambut Hari Ibu ni,sebab ianya bergantung kepada niat dalam hati kita ni..TETAPI,ingat !! Ibu bukanlah perlu disambut dan diperingati HANYA dalam hari ini..tetapi perlu dalam setiap hari...kerana jasa ibu tidak terbalas budinya..
Sekian..Assalamualaikum..
Sumber: ! Tinta Penaku [dot] Com !: Hukum SEBENAR Menyambut Hari Ibu:
Asal- usul Hari Ibu
Bersempena dengan Hari Ibu sedunia ni pernah tak terfikir tentang asal -usulnya? Apa kata kita tengok sedikit info yang saya dapat dari facebook Tazkirah.
Sejarah hari ibu telah dikenalpasti sebagai perayaan musim bunga orang-orang Greece, sebagai penghormatan terhadap Rhea, ibu kepada tuhan mereka. Pada tahun 1600 orang-orang England merayakan hari yang mereka namakan sebagai "Mothering Sunday". Ia dirayakan pada hari Ahad keempat setiap Lent. Lent adalah tempoh masa selama 40 hari samada dalam bulan Februari atau Mac. Dalam tempoh ini, sebahagian orang-orang Kristian akan berhenti melakukan atau memakan makanan tertentu atas alasan agama. Amalan tersebut adalah sebagai penghormatan mereka terhadap Mother Mary. Mother Mary adalah Maryam, ibu kepada Nabi Isa Alaihissalam atau Jesus yang mereka anggap sebagai tuhan.
Dalam tempoh tersebut juga, kebanyakan rakyat England yang faqir dan miskin, akan bekerja sebagai pembantu rumah. Mereka sanggup keluar jauh meninggalkan keluarga kerana percaya bahawa Jesus akan memberikan kekayaan dan kesenangan dalam tempoh tersebut. Menjelang hari Ahad keempat, mereka digalakkan untuk bercuti oleh majikan, dan pulang ke kampung untuk bertemu dengan ibu. Setiap ibu akan dihadiahkan dengan Mothering Cake atau kek hari ibu sempena perayaan tersebut.
Amalan dan tradisi ini menular ke seluruh dunia dan ia kini disambut sebagai penghormatan kepada Mother Church. Mother Church dianggap sebagai kuasa spiritual yang agung yang memberi manusia kehidupan dan memullihara mereka dari sebarang kecederaan. Sejak dari itu, perayaan Mothering Sunday telah diadun dengan upacara kegerejaan. Penghormatan mereka terhadap ibu sama taraf dengan penghormatan mereka terhadap gereja.
Di Amerika Syarikat, Hari Ibu disambut seawal 1872 hasil ilham Julia Ward Howe. Beliau adalah seorang aktivis sosial dan telah menulis puisi " The Battle Hymn of The Republic" (TBHoTR). TBHoTR telah dijadikan lagu patriotik yang popular di kalangan warga Amerika. Ungkapan "Hallelujah" dalam bait-bait lagu tersebut menyerlahkan lagi sentuhan Yahudi dan Zionis dalam mencaturkan politik dunia.
Pada tahun 1907 Anna Jarvis dari Philadelphia telah memulakan kempen untuk melancarkan Hari Ibu. Beliau telah berjaya mempengaruhi Mother's Church di Grafton, West Virginia agar meraya dan meraikan Hari Ibu pada hari ulang tahun kedua kematian ibunya, iaitu pada hari Ahad kedua dalam bulan Mei. Semenjak dari itu, Hari Ibu dirayakan saban tahun di Philadelphia.
Anna Jarvis, dan pendokong-pendokongnya telah menulis surat kepada menteri, golongan peniaga dan ahli-ahli politik agar Hari Ibu disambut secara meluas di seluruh wilayah. Matlamat mereka telah berjaya sepenuhnya pada tahun 1911 apabila hari tersebut disambut oleh hampir keseluruhan wilayah Amerika. Pada tahun 1914, Presiden Woodrow Wilson, secara rasminya telah mengisytiharkan Hari Ibu sebagai Hari cuti umum dan mesti raikan pada setiap hari Ahad kedua dalam bulan Mei. Biarpun sebahagian besar negara-negara di dunia menyambutnya pada hari yang berlainan, tetapi negara seperti Denmark, Finland, Itali, Turki, Australia, dan Belgium masih merayakannya pada setiap hari Ahad kedua dalam bulan Mei.
Sumber : Tazkirah , Mother's Day Central
So apa kata anda?

Tuesday, 3 May 2011
Mukaddimah
Aku bukanlah pandai berkata- kata, aku juga tidaklah tinggi ilmunya, tak juga sempurna akhlaknya. Aku cuma nak jadi seorang yang tahu bersyukur. Bersyukur atas nikmat yang terbesar kurniaan Allah s.w.t. iaitu Iman dan Islam.
Aku pernah dengar ustaz kata antara tanda kita bersyukur itu kita berkongsi nikmat itu bersama orang lain. Aku terfikir adakah cukup dengan aku bersyukur sendirian? Tidakkah orang lain juga perlu berkongsi nikmat yang sepenting ini? Sejauh mana aku telah sampaikan kepada orang lain tentang jalan kebenaran ini. Sampaikah hati aku melihat orang lain dalam kesesatan, tercari- cari atau tidak sedar mereka tersilap memilih jalan yang salah yang aku tahu pengakhirannya jalan yang sangat bahaya yang membawa kepada Api neraka.
Menyampaikan dan mengajak atau dakwah bukanlah hanya satu tanda kesyukuran bahkan satu kewajipan aku sebagai Muslim. Ya ia satu perintah Allah s.w.t.
"Hai anakku, dirikanlah shalat, dan suruhlah (manusia) mengerjakan yang baik dan cegahlah (mereka) dari perbuatan yang mungkar dan bersabarlah terhadap apa yang menimpa kamu. Sesungguhnya yang demikian itu termasuk hal-hal yang diwajibkan (oleh Allah)."(al-Quran; Surah Luqman (31):17)
Aku mengambil keputusan untuk membina blog ini, supaya aku dapat berkongsi, mengajak dan menyampaikan sekadar yang termampu, insyaallah. Semoga Allah mudahkan setiap urusan ini. Semoga usaha ini menjadi hujah dihadapan Tuhanku di hari perhitungan nanti.
Subscribe to:
Posts (Atom)