"Sampaikan dariku walau satu ayat!" Aku hanyalah hamba Allah yang mengaharapkan keredhaan-Nya, bersyukur atas dua nikmat agung kurniaan-Nya iaitu Iman dan Islam, menyahut anjuran Rasulullah s.a.w untuk menyampaikan kebaikan kepada sesama insan. Aku bukanlah ilmuan,bukanlah ustaz, bukan juga murabbi sekadar ingin sedikit menyumbang sekadar yang termampu pada jalan-Nya, menyelusuri jalan yang sedia dirintis, agar ini menjadi hujahku dihari yang tiada lagi mati sesudah itu.
Waktu Solat
Sunday, 8 May 2011
Anak Mak
Pertama sekali tahniah kepada pembuat clip video ni. Bagi aku, clip ni simple tapi penuh makna, penuh mesej dan men " touching"kan... buatkan aku teringatkan mak yang begitu besar pengorbanannya... tak ada ayat, puisi, lagu yang dapat menggambarkan keibuan dan pengorbananan mak dalam mendidik dan membesarkan aku.
Dulu mak sanggup temankan aku study awal- awal pagi, buatkan air sambil mak tersengguk- senguk tunggu di sebelah.
Dulu aku nak korek telinga pun suruh mak.
Dulu tengok mak suapkan adik makan, aku pun nak disuap jugak.
Dulu nak exam mesti telepon mak mintak doakan
Dah khawin pun bila ada masalah telefon mak
Sampaikan kucing suka melepas kat laman rumah pun mengadu kat mak.
Mak adalah anugerah agung selepas Iman dan Islam...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment