Waktu Solat

Tuesday, 3 May 2011

Mukaddimah

Aku bukanlah pandai berkata- kata, aku juga tidaklah tinggi ilmunya, tak juga sempurna akhlaknya. Aku cuma nak jadi seorang yang tahu bersyukur. Bersyukur atas nikmat yang terbesar kurniaan Allah s.w.t. iaitu Iman dan Islam.

Aku pernah dengar ustaz kata antara tanda kita bersyukur itu kita berkongsi nikmat itu bersama orang lain. Aku terfikir adakah cukup dengan aku bersyukur sendirian? Tidakkah orang lain juga perlu berkongsi nikmat yang sepenting ini? Sejauh mana aku telah sampaikan kepada orang lain tentang jalan kebenaran ini. Sampaikah hati aku melihat orang lain dalam kesesatan, tercari- cari atau tidak sedar mereka tersilap memilih jalan yang salah yang aku tahu pengakhirannya jalan yang sangat bahaya yang membawa kepada Api neraka.

Menyampaikan dan mengajak atau dakwah bukanlah hanya satu tanda kesyukuran bahkan satu kewajipan aku sebagai Muslim. Ya ia satu perintah Allah s.w.t.
"Hai anakku, dirikanlah shalat, dan suruhlah (manusia) mengerjakan yang baik dan cegahlah (mereka) dari perbuatan yang mungkar dan bersabarlah terhadap apa yang menimpa kamu. Sesungguhnya yang demikian itu termasuk hal-hal yang diwajibkan (oleh Allah)."(al-Quran; Surah Luqman (31):17)
Aku mengambil keputusan untuk membina blog ini, supaya aku dapat berkongsi, mengajak dan menyampaikan sekadar yang termampu, insyaallah. Semoga Allah mudahkan setiap urusan ini. Semoga usaha ini menjadi hujah dihadapan Tuhanku di hari perhitungan nanti. 

1 comment:

  1. Teruskan usaha itu, biar kecil pada pandangan manusia besar di sisi Allah SWT. kejarlah redha Allah dan bukan redha manusia. Redha manusia tidak sampai ke mana-mana, redha Allah sampai ke syurga..

    Pena itu bagaikan kabus di awal pagi,,hati tenang dan bahagaia walaupun sejuk. Itulah hakikat manusia, manusia mengataka yang bukan-bukan akan tetapi mereka terasa manfaat yang besar dengan asbab apa yg kita berikan kepada mereka walaupun kecil..

    Kebenaran itu hanya satu, bukan dua, tiga atau sepuluh. peganglah yang satu itu kita akan selamat dan bahagia kerana itulah kebahagaian yang sebenar walaupun kita terpaksa menelan kepahitan bagaikan hempedu..


    salam ziarah

    Ahmad Khairul Ikhwan Abdullah Jr
    suaraiman.blogspot.com

    ReplyDelete