Waktu Solat

Saturday 14 May 2011

10 Mitos-mitos utama mengenai Islam


Sebagai perkongsian bagi menjawab “mitos” mengenai Islam.
Diterjemah dan disunting dari Sumber : 

10 Mitos-mitos utama mengenai Islam
Oleh Huda, About.com Guide



Islam ialah satu agama yang  telah disalah fahami secara meluas. Mereka yang tidak biasa dengan kepercayaan ini sering mempunyai salah faham tentang ajaran-ajaran dan amalan-amalannya. Tanggapan-tanggapan salah yang biasa didengar termasuklah yang orang Islam menyembah Tuhan bulan, bahawa Islam bersifat menindas wanita, atau Islam itu ialah satu kepercayaan yang memperkenalkan keganasan. Di sini kami akan memecahkan mitos-mitos ini dan mendedahkan mengenai ajaran Islam yang  sebenar.

1. Orang Islam menyembah Tuhan bulan

Ada dikalangan  bukan Islam tersalah anggap yang Allah ialah suatu "Tuhan Arab," suatu "Tuhan bulan," atau sesuatu seperti idola. Allah dalam bahasa Arab ialah nama khas bagi Tuhan yang sebenar- benarnya. Kepercayaan paling asas yang dipunyai seorang Islam adalah " hanya ada satu Tuhan /esa/tunggal ," pencipta , pentadbir alam  diketahui dalam bahasa Arab dan oleh orang Islam sebagai Allah. Orang-orang Kristian berbahasa Arab menggunakan perkataan sama (Allah) untuk Tuhan.

2. Muslim tidak mempercayai Jusus Christ (Nabi Isa a.s)

Dalam Qur'an, cerita-cerita tentang kehidupannya dan ajaran-ajaran Jesus Christ (dipanggil 'Isa a.s dalam bahasa Arab) amat banyak. Qur'an menyatakan semuala tentang kelahirannya yang menakjubkan, ajaran-ajarannya , dan mukjizat yang ditunjukkan dengan izin  Allah. Malah ada satu bab/ surah di dalam  Qur'an dinamakan bersempena ibu beliau, Mary (Mariam dalam bahasa Arab). Bagaimanapun , Muslim percaya yang Nabi Isa ialah seorang  nabi, manusia sepenuhnya dan tidak dalam apa-apa cara menjadikannya sebagai tuhan.

3. Kebanyakan orang Islam adalah orang Arab

Sementara Islam selalu dikaitkan dengan orang-orang Arab, mereka hanya membentuk 15% daripada keseluruhan penduduk Islam dunia. Negara dengan penduduk terbesar Muslim ialah Indonesia. Muslim membentuk 1 / 5 penduduk dunia, dengan jumlah besar didapati di Asia (69%), Afrika (27%), Eropah (3%) dan bahagian lain dunia.

4. Islam menindas wanita

Kebanyakan daripada penderaan yang diterima  wanita dalam masyarakat  Islam adalah diasaskan budaya tempatan dan adat tradisi yang  tiada sebarang asas dalam kepercayaan dan ajaran Islam. Malah, amalan-amalan seperti berkahwin secara paksa, penderaan oleh pasangan , dan pergerakan terhad secara langsung bercanggah dengan hukum syarak yang mengawal dan mengatur  tingkah laku keluarga dan kebebasan peribadi.

5. Muslim kejam, pelampau-pelampau, pengganas

Keganasan tidak boleh dijustifikasikan di bawah mana-mana tafsiran sahih agama Islam. Keseluruhan Qur'an itu, perlu diambil sebagai teks lengkap, memberi satu pesanan harapan, kepercayaan , dan keamanan bagi satu komuniti agama yang dianuti satu bilion orang. Mesej kuat bagi keamanan ialah untuk diperolehi  melalui kepercayaan pada Tuhan , dan keadilan antara sesama manusia. Pemimpin-pemimpin muslim dan sarjana-sarjana bersuara menentang keganasan dalam semua bentuk, dan menawarkan penerangan-penerangan terhadap salah faham atau pemesongan ajaran Islam sebenar.

6. Islam tidak bertoleransi dengan  kepercayaan lain

Melalui Qur'an, Muslim adalah diingatkan bahawa mereka tidak satu-satunya yang menyembah Allah. Orang Yahudi dan orang-orang Kristian telah dipanggil "Ahli Kitab,"  yang bermaksud kaum  yang ada menerima pendedahan sebelum ini dari Tuhan yang maha Esa yang kita semua sembah. Qur'an juga memerintahkan Muslim melindungi dari merosakkan bukan sahaja masjid-masjid, tetapi juga bihara-bihara, sinagog , dan gereja-gereja kerana "Tuhan disembah di dalamnya."

7. Islam memperkenalkan "jihad" untuk menyebarkan Islam melalui pedang  dan membunuh semua bukan penganut Islam
Perkataan Jihad itu berasal dari satu perkataan Arab yang bererti "berjuang”.  Kata-kata berkaitan lain termasuk "usaha," "kerja," dan "keletihan." Pada dasarnya Jihad ialah satu usaha untuk mengamalkan agama berhadapan dengan penindasan dan penganiayaan. Usaha itu termasuklah melawan kejahatan dalam hati anda sendiri, atau dalam melawan seorang diktator. Usaha ketenteraan adalah termasuk sebagai satu pilihan, tetapi sebagai jalan terakhir dan tidak "untuk menyebarkan Islam dengan pedang."

8. Quran telah ditulis oleh Muhammad dan disalin dari Kristian dan sumber-sumber Yahudi

Qur'an telah diwahyukan kepada Nabi Muhammad s.a.w dalam suatu tempoh dua dekad, mengajak manusia menyembah Tuhan yang Maha Kuasa dan supaya kehidupan mereka menurut kepercayaan ini. Qur'an mengandungi cerita-cerita nabi-nabi seperti di dalam Bible, kerana nabi-nabi ini juga berdakwah mesej  Tuhan. Cerita-cerita bukan sekadar disalinkan, tetapi tradisi-tradisi lisan dirujuk dalam sebahagian hal yang menumpukan pada contoh-contoh dan ajaran-ajaran yang kita boleh belajar daripada mereka.

9. Sembahyang Islam hanyalah  pelaksanaan ritual  yang tidak ikhlas

sembahyang/Solat  ialah satu masa kita berdiri mengahadap Tuhan dan menyatakan keimanan, berterima kasih atas rahmatNya , dan memohon bimbingan dan keampunan. Semasa sembahyang/solat seseorang   Islam, seseorang itu adalah bersederhana, patuh dan penuh hormat kepada Tuhan. Dengan  tunduk dan sujud di atas lantai, kita melahirkan kerendahan hati sepenuhnya kepada Tuhan yang Maha Kuasa.

10. Bulan sabit ialah satu simbol sejagat Islam

Masyarakat Islam awal tidak benar-benar mempunyai suatu simbol. Semasa masa Nabi Muhammads.a.w., karavan-karavan Islam dan askar-askar mengibarkan bendera-bendera berwarna (biasanya hitam, hijau, atau putih) untuk tujuan penganalan. Bulan sabit dan lambang bintang yang sebenarnya wujud zaman pra Islam sejak ribuan  tahun , dan tidak berkaitan dengan Islam sama sekali sehingga Zaman Khalifah Uthmaniah meletakkannya pada bendera mereka.

No comments:

Post a Comment