Waktu Solat

Sunday 8 May 2011

Mengapa saya beragama Islam?

Awal- awal ni semacam tak tahu apa yang aku nak tulis. Selepas beberapa ketika cari ilham Alhamdulillah  idea pun datang. Aku terpikir satu soalan iaitu kenapa aku beragama Islam? So aku cuba list down jawapan yang mungkin dan buat sedikit pencarianmaka secara ringkas ini jawapannya:
·         Jawapan awalnya pastinya ialah sebab dilahirkan dalam keluarga Islam. Dididik dan dibesarkan dengan acuan Islam.
·         Jawapan seterusnya mungkin juga “takdir”. Yang ini mungkin bukan suatu “option”... begitu juga bangsa atau keturunan kita. Kita memang tak ada peluang memilih untuk dilahirkan sebagai bangsa apa pun. Betul tak.. jadi berbanggalah bangsa apa pun kita. Hormatlah orang yang tidak sebangsa dengan kita.

Bila dah ada jawapan tu datang pulang soalan mengapa saya kekal hingga kini beragama Islam? Sebab ada juga orang- orang yang murtad setelah Islam. So jawapan nya begini;

Pertamanya aku amat yakin Islam adalah satu- satunya agama yang benar lalu aku sendiri memilih Islam. Pemilihan ni adalah berasaskan kajian aku sendiri, bukan sekadar ikut – ikut saja. Dan daripada kajian dan penelitian aku sebagai orang awam ni faktor pemilihan Islam sebagai “the way of life” adalah kerana:
§  Ajaran Islam ini adalah logik dan diterima akal. Konsep ketuhanan yang jelas dan terang iaitu:
§   Tuhan itu esa atau tunggal,
§  tuhan ialah segala ciptaan bergantung kepadaNya,
§  tuhan itu tidak mempunyai anak,
§  tuhan itu tidak dilahirkan dan
§  tuhan itu tidak ada sesuatu apa pun yang boleh dibandingkan denganNya
§  Memberi pedoman lengkap /“syumul”
Ajaran Islam memang the way of life. Panduan (suruhan dan larangan) yang diberikan kepada umatnya bermula dari bangun tidur di pagi hari sampai lah kita nak tidur pulak malamnya. Dari hal rumahtangga, politik, ekonomi, hubungan sesama manusia, bahkan sampai kepada hak haiwan dan juga tumbuhan. Tidak ada agama lain yang selengkap ini. Sempurna sekali.. pasti ini adalah panduan yang diberikan dari Pencipta kepada Yang dicipta.
“ Telah kami turunkan kepadamu Al-Quran untuk menjelaskan segala sesuatu, dan sebagai petunjuk, rahmat maupun kabar gembira bagi orang-orang yang berserah diri.” (An Nahl: 89).

§  Selari dengan fitrah rohani dan jasmani
“Katakanlah, siapa yang melarang perhiasan Allah yang dikeluarkan-Nya untuk hamba-hamba- Nya dan rizqi yang baik-baik. Katakanlah, itu untuk orang-orang yang beriman dalam kehidupan di dunia ini, terlebih pada hari akhirat nanti. Begitulah Aku menjelaskan ayat-ayat-Ku untuk orang-orang yang mengetahui.” (Al-A'raf: 32)
§  Memenuhi keperluan individu dan masyarakat
“Dan bahwasanya seorang manusia tidak akan memperoleh selain apa yang telah dia usahakan.” (An  Najm: 39)
"Dan dalam harta kekayaan mereka ada bagian hak yang dibutuhkan oleh yang meminta dan miskin." (Adz-Dzariyat: 19)


“Pada hari ini, telah kusempurnakan bagi kalian agama ini, telah kucukupkan nikmatku, dan telah kuridhai Islam sebagai agama kalian.”

§  Universal dan kemanusiaan juga relevan sepanjang zaman, dan semua tempat
§  Agama Islam kekal sebagai mana asalnya dari sumber asalnya al-Quran dan Hadith

Sebab kedua ialah; kerana taufik dan hidayah dari Allah s.w.t... Aku bersyukur padaMu ya Allah atas nikmat Iman dan Islam ini. Semoga Allah tetapkan hati ini pada Iman yang benar dan dimatikan aku dalam Iman dan Islam. Amin...

No comments:

Post a Comment