Waktu Solat

Sunday 8 May 2011

Hukum Menyambut Hari Ibu

Dah tahu asal usul sambutan hari ibu kan... so apa pula hukum menyambutnya bagi kita yang beragama Islam? Saya jumpa satu blog yang bagus infonya. Elok juga saya kongsi di sini.

Assalamualaikum wbt..

No..no..no..ini bukan entry nak cari glemer atau entry SEO..aku kaji tadi kat internet,dan aku buat entry ni nak menyedarkan orang ramai tentang Hukum Sambutan Hari Ibu nih..kerana ada beberapa blogger yg sesuka hati buat hukum sendiri..so aku kaji tengok kat internet,beberapa pendapat ustaz dan ulama berkenaan sambutan hari ibu nih..

Ya,aku tau la..Hari Ibu ni berasal dari nama dewa Greek bla..bla..bla..haram la..bla..bla..bla..jap! x payah nak rungkai hujah ko lagi..dengar dulu ape aku nak cakap ni..

Kejap aku nak tanye korang,korang sambut hari ibu ni kerana apa ?? Niat dalam hati korang tu,nak sambut siapa ?? Ibu kan ?? Ade ke dalam hati korang nak sambut Hari Ibu ni,korang niat macam ni "eh hari ni hari ibu la..aku nak puja dewa greek bla..bla..bla.."... tak ade pun kan ??? Habis dah xde yg gatal sangat suke2 kuarkan hukum kenapa ??

Ya,aku tau la "matlamat tidak menghalalkan cara" ... masalahnya CARA ini salah ke ?? Sambut Hari Ibu ni salah ke ??

Ya,memang ada ulama yang cakap sambut hari ibu ni haram..cube korang baca balik betul2 apa yg dia cakap tu,hukumnya HARAM kerana apa ?? Mesti diorang akan cakap yg hukum haram sambut Hari Ibu pada 8 Mei tu kalau korang sambut tu dengan 2 niat , even ada salah satu pun dah jadi Haram iaitu :

i) Menghormati dan menghargai ibu HANYA pada hari ini (8 Mei)..kerana seorang ibu tidak layak HANYA dihargai dalam satu hari yg singkat sahaja..

ii) Dibuat kerana meniru perbuatan orang bukan Islam secara syar'ie..percaya Tuhan Greek diorang tu..ape2 yg berkaitan dgn agama diorang la..

Islam mewajibkan setiap umatnya menghormati,menyayangi dan menghargai ibu mereka setiap saat dan ketika..tidak perlu ada hari yg istimewa untuk hal ini,kerana dalam Islam cuma ada 2 perayaan sahaja iaitu :

i) Hari Raya AidilFitri
ii) Hari Raya Aidiladha

Selain dari 2 perayaan ini,ianya dikira sebagai bid'aah atau "mengadakan sesuatu yg tiada" atau tidak diamalkan di zaman Rasulullah SAW..TETAPI ianya tidak menjadi satu kesalahan,malah diHARUSkan jika kita menyambut hari ini tidak berdasarkan 2 niat yg atas tadi...

Ini petikan daripada salah satu jawapan ulama berkenaan Hukum Menyambut Hari Ibu ...

"Jika kita menganggap bahawa apa yang dinamakan oleh orang-orang barat sebagai hari ibu itu sebagai hari memuliakan/menghormati ibu hanya sebagai tambahan sahaja (kewajipan menghormati ibu telahpun siap kita laksanakan), maka di sana syarak tidak menghalangnya. Yang ditegah oleh syarak ialah jika perayaan berkenaan dianggap sebagai ‘id/perayaan dengan maksud syar’i. Begitu juga ditegah jika pembatasan menghormati dan memuliakan ibu hanya pada hari berkenaan sahaja. Jadi, jika dua perkara ini ternafi, maka tidak ada halangan untuk memuliakan atau menghormati ibu pada hari ibu"

Di sini juga aku sertakan beberapa link website yg aku rujuk berkenaan entry ni iaitu :


Dr.Yusuf Al-Qaradhawi pun dah keluarkan fatwa,HARAM menyambut jika niat ingin meniru golongan2 bukan Islam tu..kerana ada hadis yang mengatakan bahawa jika kita meniru perbuatan satu golongan,maka kita akan termasuk dalam golongan tersebut..so kalau niat tu bukan untuk meniru,maka hukumnya HARUS..

So di sini aku nak ingatkan, jangan la korang sempitkan otak korang dengan hanya berbekalkan beberapa kata-kata kawan atau sekadar guna otak sendiri..Dah sedar ilmu agama tu tak tinggi,so rujuk la ustaz-ustaz..bukan kuarkan hukum sendiri..

Bagi aku sendiri,sampai sekarang pun aku tak pernah anggap Hari Ibu ni diasaskan oleh orang Greek ke ape ke tu...Dalam hati aku dah set,setiap hari adalah hari ibu..dan sengaja aku pilih 8 Mei ni sebab ianya dah dikenali dgn Hari Ibu dan maybe aku boleh buat something yg akan buat ibu aku lebih gembira berbanding hari-hari yang lain..tu je..pasal Tuhan Greek la..ape la tu..persetan je dengan diorang..tak payah la tunjuk alim suka-suka hati je nak kuarkan hukum haram sendiri,sedangkan korang tak rujuk mana-mana ustaz lagi..

So kepada sahabat-sahabat yg lain,usah risau untuk menyambut Hari Ibu ni,sebab ianya bergantung kepada niat dalam hati kita ni..TETAPI,ingat !! Ibu bukanlah perlu disambut dan diperingati HANYA dalam hari ini..tetapi perlu dalam setiap hari...kerana jasa ibu tidak terbalas budinya..

Sekian..Assalamualaikum..
Sumber: ! Tinta Penaku [dot] Com !: Hukum SEBENAR Menyambut Hari Ibu:

1 comment:

  1. salam..alhamdulillah ilmu ni dapat disebarkan..syukran ya akh..

    ReplyDelete