Waktu Solat

Thursday 30 June 2011

Hari Hijab Sedunia

Hari ini 1 Julai 2011. Apakah signifikan tarikh ini kepada kita umat Islam dan mungkin juga kepada Bukan-Islam yang berhati manusia.? Tarikh ini mungkin tidak mendapat publisiti sebgai mana hari valentine, hari ibu dan hari- hari peringatan yang lain.

Tarikh 1 Julai telah dijadikan Hari Hijab Sedunia. Pada tarikh ini,  pada tahun 2009 telah berlaku kejadian yang sangat menyayat hati iaitu hati muslim dan muslimah yang ada setidak-tidaknya setampuk iman di dalamnya. Hari dimana seorang Muslimah yang mukminah yang tegar mempertahankan akidah dan kehormatnnya dan juga hak untuk mengamalkan dan patuh kepada agamanya iaitu Islam. Beliau adalah Allahyarhamah Marwa al-Sherbini. Seorang ahli farmasi wanita dari Mesir yang tinggal di Jerman bersama suami dan seorang anak berusia 3 tahun.

Kisah yang membawa kepada pembunuhannya bermula pada suatu hari ketika berada di taman bersama anaknya dan secara lisan diganggu oleh seorang pemuda Rusia yang menetap di Jerman (Alex W.). Beliau telah meminta untuk anaknya dapat bermain buaian disitu, lalu dia dibalas pemuda itu dengan memanggil beliau sebagai "Islam", "pengganas", dan tidak senonoh hanya kerana berimej dan berpakaian menutup aurat sebagaimana dituntut oleh Islam.

Berikutan kejadian itu, Al-Sherbini telah mendakwa lelaki tersebut di mahkamah dan memenangi kes atas penyerang itu. Pada 1 Julai 2009, bagaimanapun, satu lagi perbicaraan dalam kes itu berlaku. Sama seperti sebelumnya Puan al-Sherbini yang hadir  untuk memberi keterangan terhadap Alex W., dia diterkam pemuda itu dan ditikam 18 kali di hadapan keluarganya. Elwi Okaz suaminya cuba melindunginya namun  sia-sia dan akhirnya secara tidak sengaja ditembak oleh seorang pengawal keselamatan di tengah-tengah pergelutan tersebut. 

Marwa al-Sherbini telah memperjuangkan haknya untuk mengamalkan agama yang dianutinya, memberi mesej bahawa orang- orang yang rasis, ekstrim dan tidak menghormati hak hak kaum lain tidak harus dibiarkan begitu sahaja.

Kejadian kejam ini telah membuka mata banyak pihak untuk bangun mempertahankan hak asasi yang harus dihormati. Lantaran itu tarikh 1 Julai telah dipilih sebagai Hari Hijab Sedunia bagi memperingati semangat dan perjuangan yang telah dirintis oleh allahyarhamah Marwa al-Sherbini.

al-Fatihah...




3 comments:

  1. salam
    terima kasih untuk perkongsian berguna ni...saya tak pernah tau pun sebelum ni bahawa hari ni adalah Hari Hijab Sedunia.

    ReplyDelete
  2. ni 1st time sy dgr hari hijab sedunia...terima kasih pasal info berguna ini...teruskan usaha saudara.

    ReplyDelete
  3. yerp..Fisrt Time Dengar..Thanks u Information..:))

    ReplyDelete