Waktu Solat

Saturday 21 May 2011

Bible Mendorong Joshua Evan kepada Islam.

Hidayah Allah boleh datang melalui apa cara pun yang tak disangka- sangka. Bahkan melalui Bible pun Allah boleh memberikan hidayah kepada manusia yang mahu mencari dan mahu berfikir. Cari lah Allah nescaya Allah akan mendekatimu. Diibaratkan Allah adalah lebih dekat dengan kita lebih dari dekatnya urat leher kita sendiri.
Video ini banyak memberi inspirasi juga ingatan kepada diri aku bahawa begitu ramai sekali di luar sana rakan- rakan kita yang non-Muslim yang tidak pernah disampaikan mengenai Islam. Tidak pernah kita ceritakan mengenai kebenaran Islam sedangkan kita tahu mereka salah memilih jalan. Bahkan ramai di antara mereka adalah orang- orang yang baik, yang penyanyang dan menghormati kita juga ada yang berjasa kepada kita.
Adakah kita orang yang mementingkan diri dan tergamak membiarkan saja mereka begitu tetapi dalam masa wujud juga perasaan bimbang atas penolakkan, dijauhi, dicerca dan sebagainya. Ini lah dilema yang dihadapi oleh orang yang baru ada hati dalam dakwah seperti juga aku.
Wallahualam.

2 comments:

  1. kebanyakan non muslim ingat islam itu pengganaz asbab pengaruh media barat...

    ReplyDelete
  2. betul tu.. media barat ada agenda yg berjalan secara halus dan terancang. sy percaya dibelakangnya ialah proksi zionis.

    ReplyDelete