Waktu Solat

Tuesday 17 May 2011

Kristian Agama Rasmi Negara?

Masih belum reda hangatnya isu penggunaan kalimah Allah dalam Bible berbahasa melayu kini timbul pula isu yang mendakwa atau kononnya penganut Kristian nak menjadikan Kristian sebagai agama rasmi  Malaysia. Sejauh mana kebenarannya masih tidak dapat dipastikan.

Akan tetapi isu yang ditimbulkan ini sangat sensitif  bagi Umat Islam dinegara ini juga bagi pihak yang dituduh. Pihak yang membuat tuduhan mestilah bertanggungjawab dengan apa yang didakwanya itu dengan memberi bukti- bukti yang benar kerana hal ini bukanlah suatu yang boleh dipermain – main kana atas apa saja tujuan sekali pun. Amat keji lagi jika ianya hanya suatu fitnah yang bertujuan untuk meraih simpati atau menarik sokongan  di atas sesuatu yang tidak dapat dipastikan kebenarannya. Akibatnya sangatlah bahaya yang boleh menyalakan api perkauman juga menimbulkan ketegangan kepada hubungan baik dan saling hormat antara agama di negara yang kita cintai ini.

Seharusnya kita sedar betapa rapatnya hubungan dan persamaan antara dua agama samawi ini iaitu Islam dan kristian.
“Dan sesungguhnya kamu dapati yang paling dekat persabahatannya dengan orang-orang yang beriman ialah orang-orang yang berkata: "Sesungguhnya kami ini orang Nasrani". (Surah al-Ma’idah:ayat 82)

Bukan lah ini bermakna saya cuba untuk menyamakan antara dua agama ini kerana jelas Allah s.w.t berfirman di dalam al- Quran yang bermaksud;
 “Sesungguhnya agama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam dan orang-orang (Yahudi dan nasrani) yang diberikan Kitab itu tidak berselisih (mengenai agama Islam dan enggan menerimanya) melainkan setelah sampai kepada mereka pengetahuan yang sah tentang kebenarannya; (perselisihan itu pula) semata-mata kerana hasad dengki yang ada dalam kalangan mereka dan (ingatlah), sesiapa yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah, maka sesungguhnya Allah Amat segera hitungan hisabNya.” [Ali-Imran :ayat 19]

Bukanlah suatu yang menghairankan jika ada niat dihati penganut kristian atau mana- mana agama lain keinginan untuk menyebarkan agama mereka kerana bagi setiap penganut apa jua agama pun mereka beranggapan hanya agama anutannnya pastilah benar dan selainnya adalah sesat tidak kira sama ada anutan itu atas kajian, penelitian, pencarian atau hanya sekadar ikut- ikutan. Maka beruntunglah bagi mereka yang mahu menggunakan akal kurniaan Allah untuk mengkaji dan memikirkan.

Mewujudkan ketegangan bukanlah suatu yang menguntungkan mana – mana pihak sekali pun. Mungkin apa yang dihajati atau matlamat agendanya dapat dicapai pada mulanya tetapi apakah bebaloi keuntungan yang sedikit ini dibeli dengan menggadai keharmonian untuk hari- hari yang akan datang.

Untuk mencari perbezaan sangatlah mudah. Untuk bermusuhan tidak perlu menunggu lama. Tetapi berapa lama masa yang kita perlu untuk membina semula perhubungan ini?
Adakan sempadan yang kita ciptakan sendiri ini dapat mendekatkan non- muslim terutamanya kristian kepada Islam dan membuatkan mereka memahami seterusnya menerima Islam yang amat benar ini? Sejauh manakah kita telah sampaikan mengenai Islam kepada mereka?
  
Alangkah baiknya jika umat Islam dan Kristian dapat berhubungan dengan baik atas dasar dasar persamaan (common) yang dikongsi bersama. Memang ada segelintir dari kristian yang membenci dan memusuhi Islam tapi saya percaya hampir semua mereka sebenarnya tidak mengetahui hakikat sebenar ajaran kristian itu sendiri. Jika kita dan mereka mengkaji maka akan kita temui satu perkara  yang bersamaan atau “common” antara kristian dan Islam dalam dasar agama keduanya ini.  Firman Allah yang bermaksud;

"Katakanlah (wahai Muhammad): “Wahai Ahli Kitab, marilah kepada satu Kalimah yang BERSAMAAN antara kami dengan kamu, iaitu KITA SEMUA TIDAK MENYEMBAH MELAINKAN ALLAH, DAN KITA TIDAK SEKUTUKAN DENGANNYA SESUATU JUA PUN; DAN JANGAN PULA SEBAHAGIAN DARI KITA MENGAMBIL AKAN SEBAHAGIAN YANG LAIN UNTUK DIJADIKAN ORANG-ORANG YANG DIPUJA DAN DIDEWA-DEWAKAN SELAIN DARI ALLAH”. Kemudian jika mereka (Ahli Kitab itu) barpaling (enggan menerimanya) maka katakanlah kepada mereka: “Saksikanlah kamu bahawa sesungguhnya kami adalah orang-orang Islam”. (Surah al- imran ayat 65).

Saya mengajak diri sendiri dan juga pembaca yang beragama Islam, cukuplah kita mencari perbezaan,menjauhi, memusihi dan menyalahkan mereka yang bukan Islam terutamanya Kristian yang bernaung dan berdamai dengan Islam. Mungkin ada antara mereka tidak menghormati Islam akan tetapi dalam masa yang sama elok juga kita renung kembali sikap kita sendiri yang masih tidak mencintai dan mengamalkan Islam yang sebenar secara keseluruhannya.
Sesungguhnya mengajak dengan penuh hikmah itu adalah sebaik- baik jalan dakwah.

 “Dan janganlah kamu berbahas dengan Ahli Kitab melainkan dengan cara yang lebih baik, kecuali orang-orang yang berlaku zalim di antara mereka dan katakanlah (kepada mereka): Kami beriman kepada (Al-Quran) yang diturunkan kepada kami dan kepada (Taurat dan Injil) yang diturunkan kepada kamu dan Tuhan kami, juga Tuhan kamu, adalah Satu dan kepadaNyalah, kami patuh dengan berserah diri.” Surah Al-Ankabut : ayat 46.

Kepada penganut kristian yang dihormati, andai lah benar dakwaan seperti yang dikatakan itu diharap dapat difikirkan sedalam dalamnya. Percayalah bahawa Islam itu adalah rahmat kepada sekalian alam. Tidak ada agama lain yang memberi jaminan hak dan toleransi agama sebagaimana yang dijamin dalam Islam bahkan hak haiwan juga mendapat tempat di dalam Islam.

Wallahualam...

p/s: semua di atas ini kecuali ayat- ayat Al-Quran adalah pandangan peribadi penulis, ianya tidak semestinya benar semuanya dan mungkin juga terdedah kepada salah dan silap. Ia terbuka untuk ditegur dan dikritik.


2 comments:

  1. hmm...rasanya nih permainan org politik ...

    ReplyDelete
  2. harap itu hanya khabar angin. mungkin ada rakyat negara kita yang masih belum matang berpolitik atau mungkin mereka anggap politik dan Islam mesti diasingkan maka ketika berpolitik tidak ada halal dan haram, dosa dan pahala asalkan matlamat dunia dicapai.

    ReplyDelete